Sabtu, 2 Jun 2012

NFC: Hanya Orang Terencat Akal Percaya Shahrizat Terlibat


Oleh: Zainal Yusof
SEJAK awal lagi, saya memang menyifatkan seseorang yang menuduh Ketua Pergerakan Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil terlibat dalam isu NFC sebagai orang yang terencat akal kerana, secara jelas mereka yang menuduhnya bermotif politik.
Motif politik yang dimaksudkan ialah mahu mengalihkan perhatian orang ramai dari bercakap isu yang melanda PKR kepada isu NFC. Jadi, hanya mereka yang terencat akal sahaja akan percaya dakwaan yang mungkin dibuat oleh mereka yang rendah moralnya dan busuk hatinya.
Biasalah. Dalam “budaya kotor Melayu”, mereka akan sakit hati dengan orang Melayu lain yang berjaya. Seboleh-bolehnya, mereka akan serang dan fitnah sehinggalah orang yang tidak bersalah dilihat sebagai bersalah, sebelum sesuatu siasatan dijalankan.
Sebagai Ketua Pergerakan Wanita Umno dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Shahrizat sebenarnya dianiaya. Beliau bukannya ambil duit kementerian yang diterajuinya untuk diberikan kepada NFC yang kebetulan dikuasai oleh suami dan anak-anaknya.
Namun, biasalah. Pembangkang di Malaysia yang sedang bergelumang dalam tangki najis, seboleh-bolehnya mahu menarik tangan orang lain untuk masuk sama-sama ke tangki najis yang mereka sudah terjebak itu.
Orang yang dia rentap ialah Shahrizat. Lebih malang, ada orang-orang yang juga terencat akal dalam Umno turut sama menyokong usaha busuk dan jijik pembangkang ini.
Kalau kita tengok muka-muka orang terencat akal dalam pembangkang, kita sepatutnya sudah menolak awal-awal fitnahnya itu. Itupun kalau kita seorang yang waras.
Malangnya, mereka yang menyokong kata-kata pembangkang itu pun spesis yang sama dengan spesis terencat akal pembangkang.
Mereka berjaya menyebabkan Shahrizat terpaksa melepaskan jawatan menteri. Ada Wanita Umno yang berangan-angan nak menggantikan tempat Shahrizat terpaksa gigit jari kerana jawatan yang dilepaskan oleh Shahrizat diambil alih oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sendiri. Maka, melelehlah air liur mereka yang memasang angan-angan tersebut.
Saya tidak berniat mahu membela Shahrizat secara membuta tuli. Tetapi saya membela kebenaran. Hari ini, mereka yang menuduh dan memfitnah Shahrizat, apabila sudah mendengar kenyataan SPRM, bersediakan mereka memohon maaf?
Saya rasa mustahil kerana orang-orang yang terencat akal akan membuat dakwaan baru supaya menampakkan dakwaannya sebelum ini betul.
Budaya fitnah dan pembohongan inilah sebenarnya yang menjadikan politik Melayu begitu rendah tarafnya, begitu kotor dan jijik. Yang tidak bersalah, mahu digambarkan sebagai bersalah dan yang tidak berdosa mahu digambarkan sebagai berdosa.
Padahal, mereka yang mebuat tuduhan itu dikelilingi bangkai-bangkai busuk yang hidung mereka tidak terhidu. Mereka sibuk membuat fitnah supaya orang mengalihkan perhatian kepada isu fitnah tersebut dan melupakan kisah skandal seks mereka dan boss-boss mereka.
Apa yang mereka tuduh itu disusun begitu rupa, supaya nampak seperti betul.
Padahal, ia suatu perniagaan dan proses pinjaman biasa. Cuma, mereka membuat cerita kononnya, kalau Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail, bukan suami Menteri Kabinet, bolehkah projek NFC itu dapat kepada mereka?
Persoalannya, adakah mereka yang masuk untuk mendapatkan projek NFC dan pinjaman ini tidak tahu proses ini? Bukan semua tender yang kita masuk, dijanjikan dapat. Jadi, kalau kita tak dapat, kenapa kita nak bunuh syarikat yang dapat?
Saya nak menunggu, siapakah di kalangan tukang fitnah Shahrizat akan bangkit memohon maaf apabila SPRM sudah menutup kes Shahrizat dengan NFC ini? Jika mereka sedar dosa yang mereka buat terhadap Shahrizat, mereka bersedia memohon maaf.
Tetapi jika mereka jenis “kekotoran” yang memang sudah tidak boleh dibersihkan, mereka akan membuat tuduhan baru.
Saya berdoa agar Shahrizat bersabar dan menyerahkan kes ini ke mahkamah. Tuntutan keadilan kerana dengan cara ini dapat mengajar orang-orang yang terencat akal ini supaya lebih berhati-hati di lain masa. Dan agar mereka tidak membuat tuduhan dan fitnah kepada orang lain pula.
Lebih baik jika mereka berusaha mencari jam Omega Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tertinggal dalam bilik tempat berlakunya seorang lelaki yang mirip Ketua Pembangkang melanggani pelacur China.

Tiada ulasan: