Jumaat, 25 Mei 2012

Aziz Bari: Apa Lagi?

Oleh: Safiah Musa

SAYA mungkin silap. Tetapi apa yang saya faham, bekas pensyarah UIA, Aziz Bari nampaknya tidak habis-habis mahu menyokong kebiadapan. Terbaru, dalam Harakah Edisi Jumaat, dia menulis satu artikel bertajuk Bila Perdana Menteri kena jerit di London. Kepada Aziz Bari, kita nak tanya, “apa lagi”… Apa lagi yang dia tak puashati ni? Kalau nak sokong ada seorang dua yang menjerit di majlis Perdana Menteri, apakah buta matanya tidak nampak ada ribuan yang mahu mendengar ucapan Perdana Menteri di London

Kenapa nak sokong kerja gila seorang dua yang kononnya bertanya haknya sebagai pengundi di negara ini? Saya juga lama duduk di luar negara mengikut suami bekerja. Bila sampai pilihan raya, kadang-kadang saya balik mengundi dan kadang-kadang, saya tak balik. Tengok kemampuan dan masa (cuti suami) ketika itu.

Ada orang Malaysia, duduk di Malaysia, mendaftar sebagai pengundi pun tidak. Inilah sepatutnya yang Aziz Bari perjuangkan. Bukan jeritan secara biadap di majlis Perdana Menteri yang patut dia besar-besarkan. Ia sebenarnya berpunca dari hati. Kalau hati sudah busuk, ada niat nak dengki dan memang tak boleh tengok orang lain senang, macam-macam akan mereka lakukan. Aziz Bari ada penyakit busuk hati ke? Saya rasa tidak ada tetapi cara dia menulis tu, seolah-olah busuk betul hatinya kepada Perdana Menteri dan Umno yang mana Datuk Seri Mohd Najib adalah Presidennya kini. Ada rakyat Malaysia, dia mendaftar sebagai pengundi, tetapi dia tak pergi mengundi kerana dia memang jenis tidak ambil peduli. Maka, apa sangat dengan mereka yang duduk di London, kerana dia seorang berdua, SPR perlu sediakan dia tempat mengundi. Apa hal? Kalau macam tu, orang yang mengundi di Johor, kalau dia duduk di Perlis, SPR kena pi sediakan pusat mengundi untuk dia? Kalau nak menggunakan hak mengundi, baliklah mengundi. Kalau tak ada tambang, tak payah bising-bisinglah. Sendiri kena fikirlah! Aziz Bari yang kini giat beri ceramah baik melalui pentas pembangkang atau Forum Hal Ehwal Islam di merata-rata tempat, menulis kononnya kisah jeritan yang dilakukan terhadap Perdana Menteri di London itu “begitu mendapat perhatian”. Perhatian ni Aziz Bari ada dua. Satu perhatian yang positif dan satu lagi perhatian yang “orang meluat”. Yang pastinya ramai yang meluat kerana orang biadap ni samalah dengan orang yang berbogel di khalayak ramai.

Memang dia dapat perhatian tetapi, ia sebenarnya cukup memalukan! Saya percaya Aziz Bari tidak akan beri perhatian yang wajar kepada orang yang berbogel di khalayak ramai. Mungkin apa yang saya percaya ini tidak sama dengan apa yang Aziz Bari mahukan. Saya pun tidak mahu “apa yang saya percaya, sama dengan apa yang Aziz Bari percaya”. Jadi, cukup-cukuplah! Apa lagi onar yang hendak dibuat terhadap Perdana Menteri? Beri beliau peluang memerintah negara ini dan tegurlah secara berhemah.

Tulis surat kepadanya jika ada apa-apa yang hendak disampaikan. Atau, gunakan laman-laman tweeter atau FB untuk berhubung dengannya. Mudah-mudahan, kita semua menjadi manusia yang dapat mempertahankan kemerdekaan negara ini. Yang pastinya bukan Aziz Bari yang memerdekakan negara ini dari penjajah dan yang pastinya, Aziz Bari pernah bekerja di UIA, sebuah universiti yang ditubuhkan oleh mereka yang juga pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN). Dipetik dari http://rahmank.com/

Tiada ulasan: