Jumaat, 27 Januari 2012

Ambrin, Noh dan NFC jadi mangsa pembangkang

Oleh Zainal Yusof



KETUA Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang sudah buat penjelasan. Diikuti dengan kenyataan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar mengenai kedudukan NFC. Tetapi, percayalah, mereka yang sengal dan sakit otaknya, tidak akan mahu dengar dan tidak akan mahu percaya.

Sebagai seorang yang mengikuti perkembangan ini sejak awal, saya ingin melahirkan rasa kecewa dengan pihak NFC sendiri. Kenapa mereka lambat menjawab dan tidak agresif di dalam mempertahankan diri. Macam ada benda yang hendak mereka selindungkan.

Tetapi, saya tidak mahu menyerang NFC kerana saya tahu mereka menjadi mangsa keadaan kerana kebetulan ada kaitan kekeluargaan dengan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. Blog ini, citra-bangsa.blogspot.com tidak pernah sama sekali menyerang Datuk Seri Shahrizat kerana yakin beliau berada di pihak yang benar.

Biarlah mereka yang menyokong pembangkang menuduh penulis-penulis di blog ini sebagai “ternakan NFC” kerana mempertahankan Datuk Seri Shahrizat tetapi, saya percaya kebenaran akan muncul apabila kebatilan dapat diruntuhkan.

Mereka yang baru hendak mengenali dan berkenal-kenalan dengan pembangakng, memang seronok memfitnah. Memang kerja pembangkang sekarang ini menabur fitnah kerana itu sahaja yang mudah bagi mereka. Jika mereka dapat apa-apa maklumat, mereka akan anggap maklumat itu adalah “wahyu”.

Lebih-lebih lagi kalau maklumat yang mereka terima itu dari Anwar Ibrahim, Nurul Izah Anwar, Azmin Ali, Saifuddin nasution dan Nik Aziz Nik Mat. Cuma, bezannya, mereka tidak menerima wahyu itu dari ‘Gua Hira’ sebaliknya melalui portal pro pembangkang.
Penulis yang cuba berkata benar, mempertahankan Datuk Seri Shahrizat akan terus dikecam, dihina, dimaki dan mereka cukup seronok menjalankan kerja-kerja iblis ini. Namun, saya dan kawan-kawan yang mengendalikan blog ini tetap yakin, di Malaysia jika ada yang menyeleng, tidak akan terlepas. Mereka akan disiasat dan jika cukup bukti, walaupun tidak seratus peratus kuat buktinya, akan didakwa.

Dalam hal NFC dan Datuk Seri Shahrizat ini, saya ingin mencadangkan kepada NFC supaya menubuhkan satu jawatankuasa (komiti) untuk menjawab semua dakwaan dan segera mengambil tindakan mahkamah jika ada tuduhan yang berunsur fitnah.

Ramai yang hairan mengapa NFC lambat dalam bertindak dan seolah-olah menyerahkan kepada Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani bagi menjawab semua tuduhan tersebut?

Strategi pembangkang, jika mereka dapat menyerang Datuk Seri Shahrizat secara bertubi-tubi, maka orang Umno akan terikut-ikut rentak mereka. Tidak hairanlah bila ada pemimpin Umno yang kelas “cap ayam” melenting sama, mendesak Datuk Seri Shahrizat melepaskan jawatan. Tapi apa nak dibuat, Umno memerlukan semua jenis orang dan semua jenis pemimpin untuk menjadikan Umno berwarna warni.

Sebagai seorang pemimpin, Datuk Seri Shahrizat sebenarnya didatangi ujian. Jika beliau mampu melepasi ujian ini, walaupun pun cukup menyukarkan, pastinya ada kemenangan menantinya. Biarlah apa orang nak kata, beliau sebenarnya tidak perlu risau dan gusar menghadapinya.

Dalam hal ini, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Sdr Khairy Jamaluddin Abu Bakar. Dalam ramai-ramai pemimpin Umno, beliaulah yang betul-betul jujur dan ikhlas mempertahankan Umno. Hanya beliau yang tampil membela Datuk Seri Shahrizat dan Pergerakan Wanita Umno bila Datuk Seri Shahrizat diserang kiri dan kanan.

Sebenarnya, modal yang pembangkang gunakan ini sudah tidak sesuai. Mereka sendiri banyak masalah tetapi sengaja mereka membuat heboh perkara yang tidak benar supaya masalah dan busuk pekong mereka tidak didedahkan oleh orang-orang Umno.

Hari ni, mereka yang dalam Pakatan Rakyat tidak akan mahu mengaku mereka tersilap. Mereka akan cari lagi dan mereka akan terus menjerit membuat tuduhan terhadap Umno dan Datuk Seri Shahrizat. Apa yang saya harapkan, orang-orang Umno termasuk mereka yanng berada dalam “kelas cap ayam” janganlah seronok menjadi “lidah pembangkang”.
Bantulah Perdana Menteri. Bantulah Timbalan Perdana Menteri. Sama-sama sendiri tidak usahlah bergaduh dan cari pasal. Buat kerja, yang baik-baik dan sokonglah usaha Perdana Menteri. Kalau nak bantu pembangkang sekalipun, bantulah Anwar Ibrahim mendapatkan semula jam tangan Omeganya yang tertinggal di bilik tempat ada Chinese doll itu.

Budak-budak yang mulutnya luas dan suka memaki hamun Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin kononnya kelulusan NFC buat pijaman mudah dari kerajaan itu, kenalah berhenti buat fitnah. Pinjaman bukan dari Kementerian Pertanian (yang ketika itu Muhyiddin adalah menterinya) tetapi dari Kementerian Kewangan. Walaupun budak-budak mulut besar dan berotak keldai ini mungkin sudah jadi “baghal” tetapi perangai dan fiil kena ubah.
Cermin muka sendiri. Cermin diri sendiri sebelum buat kerja-kerja yang tidak baik kepada parti dan kerajaan. Kepada pembangkanng, carilah modal lain. Walaupun tidak dapat nak cari di mana jam Omega kepunyaan Anwar, tetapi janganlah jadi alat Yahudi selama-lamanya. Memfitnah dan memburuk-burukkan orang lain.

Kepada Datuk Seri Shahrizat, banyak-banyak bersabar kerana Allah sentiasa bersama orang yang sabar!

Tiada ulasan: