Khamis, 10 November 2011

MB Terengganu bertindak atas pemfitnah

Oleh Zainal Yusof

BESUT : Kenyataan Menteri Besar (MB) Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said yang mahu membuat laporan polis dan bercadang mengambil tindakan mahkamah terhadap penulis dan blogger yang didakwa memfitnahnya dianggap bebebrapa pihak sebagai satu tindakan yang paling tepat.

Selama tiga bulan blog dan blogger ini memakan hasil fitnah mereka, hingga ada yang hidup mewah kerana dikatakan mendapat habuan dari musuh-musuh politik MB Terengganu, sudah mula terkencing dalam seluar, kerana takut dengan tindakan Datuk Seri Ahmad.

Mulanya, mereka sudah percaya dengan pembohongan yang mereka lakukan, apabila MB Terengganu dikatakan mendiamkan diri dengan fitnah itu, tetapi apabila selepas Mesyuarat Exco, Rabu, 9 November lalu, Datuk Seri Ahmad mengumumkan akan mendapatkan nasihat dari peguamnya, beberapa blog yang selama ini mencari makan dengan memfitnah pemimpin Umno, sudah mula memadamkan catatan tersebut.

Datuk Seri Ahmad memang menerima macam-macam ujian selama menjadi MB Terengganu, sejak tiga tahun yang lalu. Bermula dengan geng 10 yang menyusahkannya, hinggalah dakwaan mengatakan beliau tidak mendapat sokongan dari ketua-ketua bahagian untuk menjadi Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu.

Hari ini, keberanian Datuk Seri Ahmad bertindak dan menyifatkan penulis fitnah itu sebagai ‘manusia yang bertopengkan khinzir’ adalah tepat kerana memang mereka yang berperangai seperti khinzir sahaja yang hidup dengan gelumang najis dan fitnah.

Selama ini mereka memfitnah ramai orang tetapi tiada siapa yang berani mengambil tindakan terhadapnya. Kini, blog dan blogger ini ‘bertemu buku dengan ruas’. Barulah datang kembali sakit ghout yang sudah menyerangnya penulis dan penyebar fitnah ini.

Jika selama ini ada penulis dan blogger dapat hidup mewah hasil memfitnah pemimpin Umno dan BN, hari ini mereka akan tahu “bahawa langit itu tinggi atau rendah dan mereka baru tahu langit tidak selalu cerah”.

Kepada Datuk Seri Ahmad, teruskan langkah bijak dan berani itu. Walaupun Datuk Seri menganggap perkara ini sebagai perkara biasa dan asam garam dalam dunia politik, tetapi manusia yang bertopengkan khinzir ini perlu diajar dengan melumurkan najis khinzir ke mukanya.

Dia cuba memalukan Datuk Seri Ahmad hingga anak Datuk Seri Ahmad malu untuk ke sekolah. Kini, tibalah giliran manusia bertopengkan khinzir ini menerima akibat dari perbuatannya. Mungkin penulis ini sering ke hotel di mana Datuk Seri menginap ketika di Kuala Lumpur, tetapi Datuk Seri tidak menegurnya. Maka, dia terasa dia tidak dipedulikan dan mulalah dia berfikir bersama-sama iblis dan syaitan untuk memulakan satu fitnah.

Mereka yang sejenis penulis ini memang akan melakukan apa sahaja untuk mencari sesuap nasi dan kepuasan hidupnya.

Kini, barulah dia tahu, duit yang dia dapat hasil memfitnah tidak berkat dan terpaksa mempertahankan diri di mahkamah.

Minta-minta ada pemimpin-pemimpin lain yang pernah difitnahnya bertindak berani seperti Datuk Seri Ahmad, mengambil tindakan menyamannya.

Lebih baik jika ada mana-mana ketua Umno cawangan dalam Bahagian Kemaman, membuat laporan polis untuk menyiasat fitnah ini dan jika tidak berlaku seperti yang ditulisnya, pihak polis boleh menjalankan siasatan seterusnya menyerahkan pihak Peguam Negara mendakwa pemfitnah yang bertopengkan khinzir ini.

Penulis sendiri diberitahu seorang blogger bahawa ada cerita mengenai MB Terengganu didakwa berkhalwat dan bernikah kali ketiga. Tetapi, apabila penulis dapat tahu sumber berita itu dari blogger seorang ini, penulis tidak percaya.

Ini kerana penulis sudah lama mengenali penulis dan blogger ini. Memang hidupnya selama ini memfitnah dan bercakap bohong untuk hidup. Ada ketika dia akan berpewatakan seperti seorang penyokong PAS jika ketika itu PAS boleh memberi makan kepadanya.

Ada ketika dia akan berpewatakan seperti seorang penyokong PKR jika dia merasakan PKR boleh memberi dia duit.

Dia tidak ubah seperti yang dikatakan oleh MB Terengganu, manusia yang bertopengkan khinzir. Seorang yang najis untuk disentuh dan seorang yang busuk untuk didekati.

Ramai yang mendoakan agar tindakan MB Terengganu ini akan mendapat sokongan orang ramai yang benci akan fitnah kerana dosa memfitnah ini lebih besar dari dosa membunuh.

Yang peliknya, masih ada orang PAS yang percaya kepada blogger ini. Masih ada orang PKR yang mahu melayan blogger ini. Barangkali, penulis Yahaya Ismail dan Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa cukup-cukup bersyukur dengan apa yang menimpa blogger ini kerana sudah lama blogger ini melakukan sesuatu yang tidak patut terhadap mereka berdua.

Kepada Datuk Seri Ahmad, ramai yang ingin mengucapkan “selamat maju jaya” dalam menegakkan kebenaran!

1 ulasan:

bagan pinang berkata...

kalau benar apa salahnya