Rabu, 23 Februari 2011

Apabila PRK Datang...Sibadut Mazlan Aliman Pun Jual Temberang...

Semalam didalam hARAKah Pengerusi ANAK (haram) si mazlan aliman terus meroyan apabila membaca kenyataan YB Dato Ahmad Maslan yang mengatakan bahawa FELDA tetap menjadi kubu kuat UMNO/BN.

Si badut mazlan aliman pasti mengambil peluang setiap pilihanraya kecil yang berlaku untuk terus menabur fitnah dan cuba memesongkan fikiran para peneroka untuk membenci kerajaan UMNO/BN yang selama ini jelas menabur bakti dan budi kepada setiap warga Felda khususnya dan orang melayu amnya.

Beliau yang bertindak sebagai tokey sarkas yang konon menjadi pembela warga felda pasti akan mengambil peluang untuk menonjolkan dirinya sebagai badut yang berwibawa kepada tuannya PAS dan sekutu tuannya iaitu DAPig.

Si badut ini menambah dalam kenyataanya berkata
"Umno boleh terus mendakwa apa sahaja yang mereka mahu, tetapi Anak mengambil tanggungjawab untuk terus menyedarkan masyarakat peneroka sama ada di Felda atau Fecra tentang hak-hak mereka yang telah dikhianati selama puluhan tahun.

"Kami akan meneruskan siri pendedahan ini di Kerdau dengan usaha yang lebih gigih lagi..di kawasan Ahmad Maslan kata kubu kuat mereka (Umno)," tambah Mazlan yang juga Pengerusi Lujnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat.

Apa yang kau nak sedarkan ? khianat apa? tak ke mazlan aliman dan juak juak nya yang sebenarnya pengkhianat apabila menyeru warga felda untuk bangkit melawan sebuah kerajaan yang bertanggungjawab menubuh, menyubur dan memakmurkan felda dan warganya!!!

Gigih apa? buat lah apa jua badut oii...hari ini warga felda begitu selesa dan cukup bersyukur dan berterima kasih dengan belaian dan kasih sayang yang diberikan oleh kerajaan BN terutama YAB Perdana Menteri yang cukup mengambil berat akan felda dan warganya.

Perlantikan YB Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi Felda juga jelas menampakkan kegigihan kerajaan dalam mempastikan felda dan warganya terus mendapat perhatian dan pembelaan seterusnya menghirup hidup yang lebih baik.

Igauan ngeri si badut mazlan aliman, pas dan pembangkang sebenarnya telah mula berkembang dan terus mengambang dengan kehadiran Tan Sri Isa menjaga felda dan warganya, mereka tahu bahawa Tan Sri Isa pasti akan dapat membawa Felda dan warganya terus bersinar dengan peningkatan pendapatan, sebagai contoh sasaran keuntungan Felda yang diunjur kepada 2bilion tahun ini.

Puak haprak ini tahu bahawa kehadiran Tan Sri Isa pasti akan menyebabkan usaha mencari makan mereka di Felda akan terus murung dan malap! jadi...sesekali pilihanraya ni ada lah peluang nak beraksi kerana ada la sikit bulan mengambang di felda felda...itu pun kerana adanya poster bulan...tak lebih dari itu...!!!

Lu Fikir La Sendiri!!!

Dipetik dari http://politikputramerdeka.blogspot.com/

Tiada ulasan: