Ahad, 26 Disember 2010

Bolehkah Rosol dan Din Tinggalkan Idris?

Oleh Zamzuri Damanhuri




PERTANYAAN demi pertanyaan datang, susah sangatkah ADUN Ajil, Datuk Rosol Wahid meninggalkan Idris Jusoh? Apa yang dia terhutang budi sangat dengan Idris sampai dia sanggup menggoncang pintu pagar Istana Terengganu, hanya mahu membuktikan dia terlalu setia dengan Idris?

Jika Rosol merasakan kerana Idrislah dia menjadi Exco Kerajaan Negeri Terengganu, itu tidak cukup kkuat untuk dia menjauhkan diri dari Umno dan BN, hanya kerana kesetiaan membuta tulinya itu.
Kesetiaan Rosol sepatutnya hanya kepada Sultan Terengganu selepas syahadahnya kepada Allah dan Rasulullah.
Jika dia sayangkan Umno, dia tidak boleh berpendirian setia kepada Idris Jusoh, lebih penting daripada setia kepada Umno.
Satu ketika dahulu, Anwar Ibrahim adalah Timbalan Presiden Umno. Bukan sedikit penyokong Anwar. Tetapi apabila Anwar sudah terkeluar dari Umno, kenapa harus ada kesetiaan kepada batang tubuhnya.
Pemimpin datang dan pemimpin pergi. Sepatutnya Rosol mempunyai pegangan ini kerana jika Perdana Menteri Malaysia boleh bertukar, kenapa Menteri Besar Terengganu tidak boleh bertukar.
Masih belum terlambat untuk Rosol meminta maaf kepada Menteri Besar, datuk Seri Ahmad Said atas tingkah lakunya selama ini, termasuk memboikot persidangan DUN bersama-sama Sembilan ADUN yang lain.
Anggaplah semua manusia pernah melakukan kesilapan dan menyedari ia telah berlaku dan berjanji tidak akan mengulanginya adalah satu kejayaan yang cukup besar.
Rosol tidak perlu terus mahu mengekori politik Idris Jusoh kerana Idris seorang ahli politik yang terlalu licik. Ada yang Rosol sendiri tidak tergamak untuk melakukannya tetapi Idris mungkin sanggup melakukan.
Percaya atau tidak, Menteri Besar Terengganu sekarang adalah Datuk Seri Ahmad Said. Rosol sebagai seorang yang bijak tentunya tahu bahawa Ahmad Said adalah seorang ahli politik yang paling senior di Terengganu jika mahu dibandingkan dengan yang lain-lain.
Yakinlah. Ini semua kehendak Allah. Mustahil tanpa izin Allah, Datuk Seri Ahmad Said boleh menjadi Menteri Besar Terengganu.
Yakinlah juga, tanpa kehendak Allah, Idris Jusoh yang Rosol kagumi selama ini, boleh jatuh seperti nangka busuk dari kedudukannya sebagai Menteri Besar.
Tiada siapa yang mahu menjatuhkan Idris. Tiada sebarang konspirasi dibuat mahu melihat Idris tidak lagi menjadi Menteri Besar. Jika Idris jatuh kerana kesilapannya sendiri, itu kesalahan yang beliau sendiri lakukan. Bila beliau melakukannya, kenalah beliau menanggung akibatnya.
Janganlah kerana Idris tidak dilantik semula sebagai Menteri Besar, menyebabkan Rosol merasakan Umno dan BN di Terengganu perlu diruntuhkan. Jangan ada fikiran yang begitu kerana biasanya sesiapa yang cuba mengkhianati Umno, kehidupannya akan menjadi huru-hara dan terhina.
Ingat! Tanpa Umno, Idris tidak akan sampai kekedudukannya suatu ketika dahulu. Begitu juga Rosol, jika bukan kerana Umno, dia sendiri tidak mungkin menjamah kerusi ADUN dan Exco yang dia nikmati selama ini.
Begitu juga Din Adam. Walaupun ketika ditawarkan jawatan Exco oleh Datuk seri Ahmad Said, Din menolak dengan cara biadap, iaitu menjawab perlawanan itu secara meninggalkan pesan kepada orang lain, tetapi jikalau dia bersedia mengaku kesilapannya itu, mustahil Datuk Seri Ahmad Said menolaknya.
Din tidak perlu ingat bagaimana dia memalukan Datuk Seri Ahmad Said di depan semua ADUN-ADUN dari Terengganu ketika mengadakan perjumpaan dengan Datuk Seri Hishammuddin, jika dia sudah sedar, berjanjilah dia tidak akan mengulanginya lagi.
Datuk Seri Ahmad Said pun tidak pernah menceritakan hal kebidapan Din Adam itu kepada sesiapa, bermakna sebagai seorang pemimpin, Datuk Seri Ahmad Said sebenarnya seorang yang berjiwa besar.
Din jangan menyangka jiwa Datuk Seri Ahmad Said sama dengan jiwanya. Jika jiwanya kotor dan suka memalukan pemimpin, jiwa Datuk Seri Ahmad Said tidak begitu. Jika dia fikir dia Datuk Seri Ahmad Said seorang yang pendendam, sebenarnya dia tersilap.
Kata orang-orang tua, kalau sesat di hujung jalan, baliklah ke pangkal jalan. Belum terlambat untuk Din untuk berbuat demikian. Janganlah kerana kasih dan sayangnya kepada Idris Jusoh, dia bersama-sama pengkhinat lain mahu melihat Umno dan BN hancur.
Mungkin dia tidak berniat begitu tetapi selagi dia tidak berubah, masih berdendam dan masih melakukan pelbagai perbuatan yang bertujuan mahu memburuk-burukkan imej kerajaan negeri di bawah kepimpinan Datuk Seri Ahmad Said, samalah dengan matlamatnya mahu menghancurkan Umno dan BN.
Tidak ada apa yang perlu Din malukan jika dia meminta maaf dari Menteri Besar atas apa yang sudah dia lakukan.
Era kepimpinan Idris Jusoh sudah berakhir. Jadi, kenapa Din masih mahu menunjukkan kesetiaan kepada Idris hingga dia sanggup merosakan imej Umno dan Kerajaan Negeri Terengganu?
Tahukah Din, perbuatannya itu tidak ada apa-apa faedah kepada Umno. Malahan, orang-orang yang ingin menyokong Umno menjadi benci dengan perangai mereka yang memboikot persidangan DUN dan memfitnah secara berterusan terhadap kepimpinan Datuk Seri Ahmad Said.
Jika ditakdirkan Datuk Seri Ahmad Said jatuh kerana karenah Din, apakah Din berbangga dengan kejayaannya itu.
Tugas Din, walaupun dia kalah dalam usahanya merebut jawatan Ketua Umno Bahagian Dungun bukan menjatuhkan Datuk Seri Ahmad Said tetapi berperang dengan PAS. Musuh Umno ialah PAS. Itupun kalau Din masih merasakan dia masih ahli Umno.
Ahli Umno tetap tertakluk kepada Perlembagaan Umno. Tidak boleh menjalankan kerja-kerja yang boleh mencemarkan parti.
Apakah Din tidak pernah membaca Perlembagaan Umno?
Idris Jusoh tidak pernahkah mengajar Din tentang Perlembagaan Umno. Kalau Idris tidak sempat menjagar Din, Din boleh belajar dari budak suruhannya, Abdul Mubin yang sing dan malam macam orang kena meroyan!   

1 ulasan:

C L J berkata...

Terkenang balik kepada makam 12 di Padang Kachong. Jenazah gugur oleh tembakan daripada seldadu seigh. Namun yang mula menembus benteng kebal Lebai Deraman ialah Inspektor Mazlan. Wallahuakllam ...