Isnin, 27 September 2010

Suara Perkasa terus hadapi masalah pengedaran

Pengarang Suara Perkasa Daud Ibrahim berkata akhbar itu masih menghadapi masalah edaran menyebabkan ia masih tidak dapat diperolehi di beberapa tempat sehingga hari ini.

Katanya, masalah pengedaran yang tidak menyeluruh itu juga menyebabkan laporan prestasi jualan akhbar berkenaan lambat diterima.
"Untuk edisi pertama kita dapat jual 78 peratus. Laporan jualan itu kita baru dapat pada minggu ini," katanya yang berharap untuk menerima data jualan untuk edisi kedua akhbar itu menjelang minggu depan.

Edisi pertama akhbar milik Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) itu diterbitkan pada Julai lalu.

Bercakap ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, beliau juga berkata, edisi ketujuh akhbar itu (1 Oktober hingga 15 Oktober) sedang dicetak dan bakal dipasarkan.

"Muka depannya kita siarkan kenyataan daripada timbalan presiden PERKASA Datuk Rahman Abu Bakar yang menentang satu kenyataan daripada (ketua pemuda Umno) Khairy Jamaluddin" katanya.

Jelasnya, isu tersebut timbul berikutan tuntutan PERKASA sebelum ini supaya setiausaha agung Umno Tengku Adnan Mansor dipecat sekiranya tidak memohon maaf kepada pertubuhan tersebut.

dipetik dari : Malaysiakini

Tiada ulasan: