Jumaat, 2 Julai 2010

Wanita Gerakan mahu Ahmad Ismail ditahan di bawah ISA

KUALA LUMPUR 9 Sept. – Wanita Gerakan menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menahan Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bagi mengelak tragedi rusuhan kaum 13 Mei daripada berulang.

Ketuanya, Datuk Tan Lian Hoe berkata, keengganan Ahmad untuk berhenti memainkan isu perkauman yang mencetuskan ketegangan dan konflik perkauman mampu mengancam keselamatan negara.

“Ahli-ahli Gerakan berasa amat kesal dan marah dengan tindakan keterlaluan dan tidak bertanggungjawab Ahmad mengoyak gambar Pemangku Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon dalam sidang akhbar di Pulau Pinang semalam.

“Jika beliau tidak ditahan di bawah ISA, peristiwa hitam berdarah 13 Mei akan berlaku di negara ini lanjutan daripada tindak-tanduk Ahmad itu,’’ kata Lian Hoe pada sidang akhbar di ibu pejabat Gerakan di sini hari ini. – Utusan

Tiada ulasan: