Isnin, 5 Julai 2010

KDN beri amaran pada 'Suara Perkasa'


Oleh Aidila Razak

Suara Perkasa, akhbar rasmi PERKASA diberi amaran oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) kerana menerbitkan artikel yang boleh membahayakan perpaduan nasional.

Ketua editornya, Daud Ibrahim berkata pegawai KDN memberitahunya bahawa muka depan edisi sulung akhbar tersebut "tidak membantu perpaduan nasional".

Sehubungan itu, KDN telah memberi amaran kepadanya supaya membuat kesalahan yang sama, kata Daud ketika dihubungi di Malaysiakini.

Daud bertemu pihak KDN hari ini untuk memberi penjelasan mengenai tajuk muka depan Suara Perkasa yang mula diterbitkan minggu lalu yang menggesa supaya Ketua Pemuda MCA, Datuk Wee Ka Siong ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Ini adalah kali kedua wakil akhbar tersebut dipanggil oleh KDN. Sebelum ini, editornya, Amirudin Mohamad dipanggil menemui Timbalan Ketua Setiausaha KDN, Datuk Abdul Rahim Mohd Radzi, dan setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran KDN, Datuk Zaitun Ab Samad, Jumaat lalu.

Me
nurut Daud, Abdul Rahim dan Zaitun berkata, yang beliau boleh memilih tajuk yang lebih baik.

Bagaimanapun, katanya, beliau memberitahu mereka, sewaktu pertemuan selama dua jam itu, bahawa perhatian utamanya adalah untuk memilih tajuk yang dapat menjual akhbar tersebut.

Beliau juga menunjukkan artikel-artikel yang turut menggesa penahanan orang lain, termasuk mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, di bawah ISA.

"Tapi mereka memberitahu saya yang ia tidak bermakna apa yang saya lakukan adalah betul. Saya mengakui kesalahan saya dan syukur penjelasan saya diterima, "katanya.

Jualan lembab

Daud bagaimanapun menjangkakan bahawa keputusan KDN akan membantu melariskan jualan 25,000 nashkah yang dicetak.

Menurutnya, jualan agak perlahan setakat ini kerana pengedar keberatan untuk mengedarnya kerana takut 'gangguan' pihak berkuasa.

Bahkan, jelasnya, pencetak juga enggan mencetak edisi kedua, kerana bimbang akan menghadapi masalah, terutamanya selepas Pemuda MCA membuat laporan polis terhadap Suara Perkasa.

Bagaimanapun, Daud berkata, edisi Suara Perkasa berikutannya akan dicetak oleh pencetak baru.

Bagaimanapun, akhbar PKR Suara Keadilan tidak bernasib baik kerana permitnya digantung selepas menyiarkan artikel yang mendakwa Felda bankrap. KDN telah menolak penjelasan yang diberikan.

--malaysiakini

Tiada ulasan: