Nama Tamrin Ghafar ( baju hitam) sudah lama tenggelam dalam arina politik walaupun beliau anak bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Ghafar Baba. “Saya rasa Tamrin ini mahu namanya terus dilambung tetapi tidak menghulurkan sebarang sumbangan kepada parti,”katanya. (Dipetik dari http://agendadaily.com)
Sebut namanya mungkin ramai kalangan generasi muda kini tidak tahu siapa beliau.
Paling tinggi jawatan yang pernah disandangnya dalam UMNO ialah Exco Pergerakan Pemuda UMNO di zaman Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Ketua pergerakan itu dulu.
Tiba-tiba Jumaat malam lalu sewaktu majlis ceramah Anwar di kempen pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor di Bandar Sungai Buaya beliau muncul diatas pentas bersama-sama pemimpin pakatan pembangkang di situ.
Bagi yang mengenali beliau,kelibatnya di pentas pembangkang agak menghairankan.
Ini kerana tidak kedengaran apa-apa cerita sebelum ini beliau hendak ‘ beralih angin’ lebih-lebih lagi arwah bapanya dikenali sebagai tokoh yang terus tenggalam timbul dengan UMNO dalam keadaan apa sekalipun termasuk ketika Anwar ‘ membungkusnya' dari jawatan Timbalan Presiden UMNO pada tahun 1993.
Antara yang geram habis dengan aksi Tamrin ialah cucu saudara Ghafar yang juga anak saudaranya, Zahid Md Arip.
Bekas Timbalan Ketua Pemuda Parti Keadilan Nasional ( sekarang PKR) itu dalam reaksi spontannya menyifatkan Tamrin ‘ gila glamour’.
“Saya rasa Tamrin bertindak begitu sengaja nak tarik perhatian pada dirinya.Perbuatan seumpama ini disaat BN sedang berperang di pilihanraya kecil adalah satu pengkhianatan kepada parti,”tegasnya.
Beliau yang diketahui cukup rapat dengan arwah Ghafar serentak dengan itu mendesak pimpinan UMNO bertindak terus memecat Tamrin dari parti.
“Ini perbuatan yang tidak perlu soal jawab dan tidak boleh dimaafkan,”kata Zahid yang juga merupakan salah seorang penceramah UMNO yang giat berkempen semasa pilihanraya kecil itu.
Katanya sekalipun Tamrin bapa saudaranya sendiri beliau mengambil pendirian yang tegas itu berasaskan pada prinsip.
Beliau kesal kerana ramai lagi bekas pemimpin UMNO yang tersisih dari mainstream politik parti masih terus bergiat memberi sumbangan tanpa apa-apa jawatan.
Katanya Tamrin tidak boleh terus merasa dirinya besar semata-mata kerana beliau anak kepada Ghafar.
“Bagi saya ini tidak lebih dari perbuatan orang yang gila glamour,”ujarnya.
Katanya setelah menyerahkan jiwa dan raganya kepada perjuangan membela Anwar itu beliau mendapati ia cuma ‘ indah khabar dari rupa’ dan omong kosong.
“Saya dah kesal dan bertaubat dengan kesilapan itu…sedihkanya kini Tamrin nak ulangi kesilapan saya,”ujarnya.-26/4/2010
1 ulasan:
Tamrin lebih dikenali sebagai glamour boy dari sebagai pejuang boy. Berkemungkinan besar beliau sedang membuat persiapan untuk PRU13 akan datang dan telahpun dijanjikan kawasan.
Sedih melihat anak seorang pejuang Umno dan kemerdekaan sanggup menghancurkan nama baik ayahandanya. Hari ini beliau menyokong Anwar,orang yg menjatuhkan bapanya Tun Ghafar.
Sudah hilang akal!
Catat Ulasan