Selasa, 16 Mac 2010

Sabarnya Menteri Besar Terengganu berhadapan dengan fitnah

Sabarnya Menteri Besar Terengganu berhadapan dengan fitnah
Oleh Hassan Md Hussein (Sandakan)
SEBENARNYA malas untuk membaca dan mengulas tulisan budak hingusan Abdul Mubin Ismail melalui blognya HTTP://JARANGANAKMELAYU.BLOGSPOT.COM kerana pendirian, sikap, pemikiran dan sifat suka menghina yang terlekat di hatinya berterusan tanpa ada rasa bersalah atau berdosa!
Namun, ia tidak boleh dibiarkan begitu sahaja kerana jika dibaca oleh mereka yang tidak dapat menapis maklumat, maka mereka akan percaya tulisan dan pandangan budak ini yang nyata terlalu berkarat hatinya dek rasa benci dan tidak dapat menerima hakikat dia bukan lagi Pegawai Khas (sebut juga : Setiausaha Politik) kepada Exco Kerajaan Negeri Terengganu.
Dalam masa yang sama, saya juga hairan bagaimana Allah telah beri kesabaran kepada Menteri Besar Terengganu, ketika beliau sedang berkuasa, ketika segala-gala berada di sekelilingnya, tetapi beliau tidak menggunakan kuasa untuk memberi tekanan kepada budak hingusan dan bodoh sombong ini terus menerus sejak dua tahun kebelakangan ini menyerang, menghina, memfitnah, mencebek dan memandang rendah kepimpinan Menteri Besar dan beberapa orang ketua bahagian.
Tentunya, Allah lebih mengetahui betapa besarnya pahala yang diberikan kepada khidmat Datuk Ahmad Said. Ketika beliau nampaknya tidak dijadikan sasaran oleh pembangkang, tetapi kawan-kawan sendiri yang pernah sama-sama berjuang dari bawah, menjadi musuhnya.
Jika ada seorang sahaja pembaca atau pelayar blog budak higusan ini membuat repot polis, saya yakin pihak polis pastinya boleh menahan dan menyiasat kenapa budak hingusan ini menulis dengan begitu buruk? Adakah kerana dia diupah atau dia merupakan lembu yang diberi makan oleh sigembalanya untuk melakukan kerja-kerja buruk ini.
Dalam sejarah Umno, rasanya sejarah yang dicipta Datuk Ahmad Said ini tidak pernah berlaku. Ada 10 ADUN Barisan Nasional (BN) memboikot Persidangan DUN Terengganu, kemudiannya membuat dakwaan kononnya mereka menerima SMS bernada ugutan.
Belum pernah juga berlaku apabila ada dua ADUN BN bangun bercakap, berpewatakan seperti pembangkang, menyerang Menteri Besar, yang tentunya menyalahi peraturan berparti dan di manakah peranan WHIP DUN Terengganu dalam hal ini?
Lebih pelik lagi, pihak Kuala Lumpur mendengar sahaja semua yang berlaku di Terengganu, tanpa mengambil apa-apa tindakan disiplin parti terhadap mereka ini seolah-olah tindakan mereka ini (memboikot dan berpewatakan seperti pembangkang) mendapat restu dariapada Kuala Lumpur.
Mengejutkan, mereka tidak dihukum sebaliknya Menteri Besar diturunkan ‘pangkat’ dariapada menjadi Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu kepada timbalan pengerusi sahaja dengan melantik seorang Naib Presiden, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai pengerusi perhubungan.
Bukan main suka ‘musuh-musuh ciptaan’ atau ‘gunting dalam lipatan’ ini dengan keputusan Kuala Lumpur itu. Mereka menggerakkan jentera mereka untuk menyerang Menteri Besar. Sesiapa sahaja yang menyokong kepimpinan Menteri Besar, mereka akan gelar dengan pelbagai gelaran yang cukup menjijikkan dan lidah mereka secara resminya ialah Abdul Mubin Ismail, budak higusan yang hatinya cukup berkarat ini.
Di bawah ini saya turunkan tulisannya untuk tatapan kita yang boleh memisahkan antara ‘budak hingusan’ dengan budak yang mentalnya bermasalah!

Tiada ulasan: