Selasa, 22 Disember 2009

Hebatnya Blogger Abdul Mubin Ismail… Tahu awal apa yang bakal terjadi dalam sidang DUN


Oleh Malek Saiful Muda

KALAU sesiapa membaca dan melayari blog ‘jarang anak melayu’ kepunyaan bekas PA kepada Datuk Din Adam ketika menjadi Exco Belia dan Sukan Negeri Terengganu, tentu ada yang tergamam kerana dia sudah boleh menjangkakan apa yang bakal berlaku dalam sidang DUN Terengganu dari 21-23 Disember. 2009.
Lebih menarik, seperti dulu-dulu, apabila dia menulis, dia akan menyindir (baca: perli) Datuk Ahmad Said yang tetap dianggapnya tidak layak menjadi Menteri Besar Terengganu menggantikan Datuk Seri Idris Jusoh.
Barangkali, dia mahukan Din Adam menggantikan Idris sebagai Menteri Besar supaya dia boleh kekal menjadi PA atau bahasa mudah, jadi Setiausaha Politik kepada Menteri Besar.
Sebagai penulis, kenapa Abdul Mubin Ismail berdendam agaknya dengan Datuk Ahmad Said? Ketika Geng 10 atau 10 Budak Hitam sudah berpecah belah kerana ada yang menyesal terlibat dengan ‘politik cetek’ Geng 10 ini, nampaknya Abdul Mubin tidak mahu berubah.
Walaupun agak lama dia tidak menulis dan mengemas kinikan blognya, tetapi apabila ada peluang untuk berbuat demikian, tumpuan utamanya ialah menyerang dan melepaskan bom kepada kepimpinan Datuk Ahmad Said yang suatu ketika dahulu disifatkannya sebagai terlalu pekat loghat Terengganunya apabila bercakap dan lemah berbahasa Inggeris.
Di bawah ini, diturunkan sepenuhnya tulisan Abdul Mubin Ismail dalam blognya untuk tatapan pembaca semua untuk menilaikan.
Malahan, soalan-soalan yang dikemukakannya seolah-olah dia salah seorang ADUN Terengganu. Barangkali, dia merasakan dia lebih cerdik dari ADUN-ADUN yang aduntuk bertanya soalan. Hakikatnya, Abdul Mubin bukan ADUN!

YANG BOLEH DISOAL Sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu (bajet) akan berlangsung mulai 21 hingga 23 Disember 2009 ini. Agaknya sidang dewan kali ini akan menjadi meriah, yang khabarnya akan ada penglibatan semua YB BN yang sebelum ini mengambil tindakan bisu dan kelu. Demikian juga, khabarnya akan ada soalan-soalan daripada mereka untuk dijawab oleh MB dan para exconya. Yang nyata tidak ada lagi boikot memboikot, ugut mengugut, diam mendiam, bisu membisu. Baik 10 budak hitam atau beberapa budak coklat, semuanya sudah insaf dan 'bertaubat nasuha' agaknya. Baguslah kalau gitu. Sidang kali ini juga khabarnya akan dihujani dengan soalan-soalan yang boleh menaikkan nama MB Mat Said dan para exconya. Pun demikian, khabarnya lagi, banyak juga soalan yang terpaksa ditolak, baik soalan daripada YB BN mahupun YB PAS. Mungkin kerana soalan-soalan tu terlalu mudah untuk dijawab, atau kerana soalan tu bertaraf UPSR sahaja, atau soalan tu tak relevan, tidak menguntungkan serta tidak punyai apa-apa kepentingan kepada kedududan MB Mat Said di mata umum. Kalau itu alasannya, amat wajar dan munasabahlah, kalaupun banyak soalan yang terpaksa ditolak. Sepatutnya MB Mat Said mengarahkan pejabat dewan supaya guna bulldozer atau jentolak saja untuk menolak soalan-soalan tu, baru nampak real. Cuma rasanya ada beberapa soalan 'sampingan' atau soalan 'luaran' (ada ke?) yang ada kaitan dengan bajet, yang mungkin ditolak (kalau dah hantar), atau mungkin terlepas pandang untuk ditanya, atau memang kesihankan MB Mat Said kita tu, kalau bertanya... Dalam hal ini, kepada YB-YB (baik BN mahupun PAS), marilah kita sama-sama beringat, tolonglah bertanya atau bercakap 'beralus' sikit dengan MB kita tu. Kesihanlah MB kita tu, jangan sampai beliau melelehkan air mata lagi. Antara soalan sampingan yang boleh disoal mungkin : Soalan 1 : Berapakah bajet sebenar kos asas projek 'jelapang padi' negeri Terengganu? Berapa juta RM pula (yang diarahkan) ditingkatkan nilainya sebagai nilai baru projek berkenaan? Apakah dibuat secara tender terbuka? Siapakah individu yang bertuah yang mendapat rezeki bergolek-golek itu? (Anggaran jawapan : 36, 56-46, direct nego, Anak Gulai Umbok...) Soalan 2 : Benarkah kerajaan negeri telah membeli semula tanah di kawasan perindustrian Teluk Kalong/Kijal yang telah ditambus tetapi dibiarkan? Kalau benar, berapakah harga belian balik tanah berkenaan? Berapakah pula kos yang telah dibelanjakan bagi kerja-kerja menambus tanah kawasan berkenaan terdahulu? Siapa pula orangnya yang terlibat dengan tanah berkenaan. (Anggaran jawapan : yes, 100, 8, Anak Gulai Umbok....) Soalan 3 : Berapa banyakkah Anak Gulai Umbok sudah mendapat projek semenjak MB Mat Said jadi YB, Exco dan sekarang MB? Berapa nilai kekayaan Anak Gulai Umbok sekarang? (Anggaran jawapan : hanya dia sendiri yang maha mengetahui). Soalan 4 : Berapa orangkah (orang itu nilai juga - sesuaikan dengan bajet), orang-orang seperti Anak Gulai Umbok yang berjaya dilahirkan oleh mantan MB sebelum ini (maksudnya Derih Jusohlah tuu....). (Kehendak soalan juga kena jelas - maksud 'orang-orang seperti' itu ialah 'ras'nya). (Anggaran jawapan : mana ada... Derih Jusoh lebih pentingkan orang UMNO jeee!!!). (P/S : Terhad kepada empat soalan sahaja dulu, kalau lebih akan ditolak lagi.... Anggaran jawapan hanya untuk bacaan sulit dalam bilik resort secara berpasangan sahaja. Tak boleh baca beramai-ramai).

Tiada ulasan: