Isnin, 2 November 2009

KPI Menteri: Itu Kata Najib!!!


`SAYA ADALAH PERDANA MENTERI NEGARA INI,SAYA JUGA PRESIDEN PARTI UMNO DAN JUGA PENGERUSI BARISAN NASIONAL, TINDAKAN SAYA JANGAN DIPERSOAL,SESIAPA SAJA YANG SAYA LANTIK JANGAN DIPERTIKAI...' Penulis dan satu dunia tahu bahawa DS Najib ialah Perdana Menteri Malaysia, Pengerusi BN dan Presiden UMNO.

Kalau merujuk kepada ucapan YB Datuk Mohamad Haji Aziz di Parlimen Khamis lalu, jelas beliau tidak sama sekali mempersoal dan mempertikaikan kuasa Perdana Menteri itu, malah beliau tidak juga meminta Perdana Menteri memecat menteri berkenaan.

Apa yang Tok Mad sebutkan ialah keupayaan dan tanggung jawab menteri berkenaan yang dilihat lemah dalam menggalas tugas beliau, lemah dalam menguatkan peranan parti yang mereka pimpin bagi diterima oleh rakyat, malah ada antara mereka yang ditolak didalam EGM parti sendiri pun selain fungsi dan peranan parti yang menyerupai parti pembangkang dalam mendesak kerajaan.

Kalau DS Najib mahukan tepukkan gemuruh atas ucapan beliau itu, rasanya beliau sudah pun mendapatkannya malah sebelum itu pun beliau telah diberikan tepukan, namun apa yang penulis lihat bahawa Perdana Menteri seakan-akan lupa dengan janji beliau yang mahukan rakyat menegur dan menilai kepimpinannya secara dekat dan rapat sesuai dengan slogan gagasan yang beliau bawa iaitu 'rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan'.

Tok Mad menegur batang tubuh Tsu Koon, bukan menegur PM dan parti Gerakan, teguran beliau boleh disifatkan kerana kegagalan Tsu Koon meningkatkan imej parti beliau baik dimata rakyat mahupun didalam BN, Gerakan dilihat tidak sensitif kepada hak dan kuasa melayu yang menjadi payung kepada kerajaan hari ini.

Malah kalau dilihat ucapan Tsu Koon semasa mesyuarat perwakilan parti itu ahad yang lalu juga tak ubah seperti meminjam suara pembangkang menyeru supaya kerajaan mempercepatkan usaha memulihkan keyakinan rakyat terhadap tiga institusi utama dalam kerajaan - sistem kehakiman, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis.

Tidakkah itu peranan yang diberikan oleh PM kepada Tsu Koon sebagai menteri untuk meningkatkan imej institusi berkenaan? Kalau begitu siapa yang harus menjawab persoalan beliau itu? atau adakah benar bahawa beliau GAGAL dalam meningkatkan imej Institusi berkenaan? Tapi itu bukan kita yang layak memberikan jawapannya...
jawapannya tentulah ada kepada Perdana Menteri yang layak dan tahu kenapa dan mengapa Tsu Koon dilantik ke jawatan tersebut. Takut dikata mempertikai pulak...

Istimewa Tsu Koon kerana PM terpaksa melantik beliau sebagai Menteri untuk mengetahui perkembangan dan memulihkan Gerakan sedangkan Presiden MIC, PPP dan lain-lain lagi perti komponen yang lain di Sabah dan Sarawak tidak pula dilantik mengganggotai Kabinet....

Agak-agak dah tercapai ke KPI menteri-menteri?
Bagaimana pula dengan KPI MB-MB?
Bagaimana pula KPI TPM?
bagaimana pula KPI PM?

Jangan tegur kerana PM tentu tahu sebab tu dia kata 'rakyat didahulukan'!!!

Tiada ulasan: