Isnin, 24 Ogos 2009

Blog ‘Besut’ tidak pernah mahu mengakui ‘jika ayam tak berkokok hari pun siang’


Oleh Wan Yusof Hj Wan Ngah


JIKA boleh, dalam bulan Ramadan yang suci ini, saya tidak berniat untuk menulis bagi tujuan menyentuh sesiapa, lebih-lebih lagi, masa untuk membaca dan menulis adalah lebih baik digunakan untuk memperbanyakkan ibadat kepada Allah, mengaji dan melakukan kerja-kerja baik untuk menambah pahala.
Malangnya, hasrat itu tidak dapat dipertahankan apabila saya didesak beberapa pembaca dan pengikut blog citra-bangsa.blogspot.com supaya menjawab beberapa serangan yang dilakukan manusia tidak bertamadun terhadap kepimpinan Menteri Besar YAB Datuk Ahmad Said yang tidak henti-henti cuba merakyatkan pembangunan di Terengganu.
Saya minta, pembaca semua membaca dan memahami tulisan di bawah ini yang tersiar dalam http://www.besutlonih.com/ bagi membandingkan niat dan hasrat penulis dan pengelola blog ini supaya masyarakat di dunia mengikhtiraf hanya orang Besut (salah satu jajahan daerah) di Terengganu) sahaja yang layak menjadi Menteri Besar bagi Negeri Terengganu, malahan, kalau boleh Besut dijadikan sebuah negeri… supaya ada Sultan dan Menteri Besar sendiri.
Masya Allah, sampai begitu sekali pemikiran mereka, orang-orang Besut yang sudah ‘rosak’ pemikiran mereka dan dirosakkan kerana ketaksuban dan kebodohan sendiri. Yang peliknya, ketika orang Besut menjadi Menteri Besar Terengganu 2004-2008, kenapa suara-suara supaya Besut merdeka dan menjadi sebuah negeri sendiri tidak ditimbulkan, seolah-olah jika orang Besut menjadi Menteri Besar, kira ok tetapi kalau orang lain, kira tidak ok!
Hanya selepas membaca sebuah tabloid mirip pembangkang yang meramalkan Menteri Besar bakal membubarkan DUN Terengganu, penulis dan pengelola blog tersebut menyerang kepimpinan datuk Ahmad Said dan mendesak beliau meletakan jawatan.
Kenapa dengan penulis dan pengelola ini? Siapa rujukan mereka? Apakah mereka rasakan tanpa Besut, Terengganu tidak akan wujud sebagai sebuah negeri? Apakah tanpa ‘orang Besut’, Terengganu tidak mempunyai barisan pemimpin yang berkaliber?
Sejarah membuktikan ramai anak Terengganu berjaya dilantik menjadi pemimpin besar, sama ada dalam politik mahupun pegawai-pegawai kerajaan. Malahan, ramai atlet terkemuka kelahiran Terengganu muncul di pesada sukan Negara bukan hanya anak kelahiran Besut.
Kenapa dengan orang Besut sekarang? Apakah mereka masih berada di bawah tempurung? Kenapa orang Besut masih tidak dapat menerima bahawa Baginda Sultan Terengganu tidak diputerakandi Besut tetapi kini sudah ditabalkan menjadi Yang DiPertuan Agung? Apakah orang Besut tidak makan nasi seperti orang lain? Apakah orang Besut tidak minum air seperti orang lain? Apa kena dengan orang Besut sekarang? Hilang akal atau gila talak?
Baca tulisan mereka di bawah ini:
Friday, July 31, 2009
Ahmad Said Tidak Perlu Bubar Dun Sebaiknya Letak Jawatan
AHMAD SAID TIDAK PERLU BUBAR DUN SEBAIKNYA LETAK JAWATAN SEBAGAI MENTERI BESARAKHBAR bersifat tabloid bernama Siasah telah mendakwa dan meramalkan berkemungkinan besar DUN Terengganu mungkin dibubarkan disebabkan Ahmad Said tertekan.BesutLonih.com ada menerima satu email daripada pembaca yang bertajuk "Ahmad Said Tidak Perlu Bubar DUN Terengganu sebaiknya letak jawatan sebagai Menteri Besar".KERATAN KANDUNGAN EMAIL TERSEBUT:Saudara Penulis,1. Saya ada membaca akhbar Siasah yang mendakwa bahawa berkemungkinan besar DUN Terengganu akan dibubarkan kerana MB Ahmad Said tertekan. Saya pada dasarnya tidak bersetuju dengan pembubaran DUN Terengganu apa yang lebih baik ialah Ahmad Said meletak jawatan sebagai MB Terengganu.2. Cadangan saya ini setelah saya melihat Ahmad Said gagal menjalankan tugasnya sebagai Menteri Besar disebabkan beliau tertekan, jadi adalah lebih elok dan baik sekiranya beliau melepaskan jawatan itu kerana pada pandangan saya beliau tak mampu memikul tanggungjawab sebagai Menteri Besar kerana mudah tertekan.3. Pembubaran DUN yang akan dibuat hanya kerana Ahmad Said tertekan adalah tidak logik dan juga tidak boleh diterima alasanya. Tak kan kerana beliau seorang seluruh DUN Terengganu pula dibubarkan sedangkan ia melibatkan perbelanjaan yang tinggi untuk mengadakan semula Pilihan Raya di Terengganu. 4. Ada pepatah Melayu yang berbunyi "Ukur Baju Di Badan Sendiri'" amatlah bersesuaian untuk dipadankan pada Ahmad Said. Jika beliau sudah tahu susah untuk menjalankan tugas sebagai Menteri Besar mengapa beliau menerima tanggungjawab khalifah negeri itu dulu? Ini mungkin berlaku kerana Ahmad Said terlalu bercita-cita tinggi tak sabar untuk menaiki kereta Mewah berjenama Mercedes Benz C200 Kompressor dan duduk di kerusi empuk MB di Wisma Darul Iman. Akhir kalam saya membantah sekeras-kerasnya sekiranya Pembubaran DUN Terengganu diibuat, sebaik-baiknya Ahmad Said meletakkan jawatanya kerana kepimpinan beliau memang tidak diperlukan di Terengganu, sebelum boleh jaga Terengganu jagalah Penyu dahulu (jaga penyu samalah seperti jaga dirinya sendiri kebetulan rupa paras beliau seakan Ninja Turtle).
Dipetik dari http://www.besutlonih.com/.

SEBAGAI jawapan kepada desakan penulis email ini (yang kemungkinan sama-sama mereka sendiri menghantar email tersebut) maka diperturunkan hujah-hujah berikut:
Kenapa Datuk Ahmad Said harus tertekan dengan situasi sekarang? Yang mengatakan Datuk Ahmad tertekan ialah akhbar tabloid tersebut dan dari mana akhbar itu mendapat maklumat yang mengatakan Menteri Besar tertekan, tiada siapa yang tahu kecuali penulis akhbar tabloid tersebut.
Datuk Ahmad Said sebenarnya tidak perlu rasa tertekan kerana beliau mampu berkhidmat kepada seluruh rakyat Terengganu walaupun segelintir ‘orang Besut’ merasakan hanya orang Besut sahaja yang mempunyai kemampuan menjadi Menteri Besar Terengganu.
Bagi sesiapa yang dapat berfikiran secara rasional, keinginan orang Besut ini tidak perlu dipedulikan tetapi, sebagai seorang yang prihatin kepada perkembangan politik di Terengganu, saya rasa bertanggungjawab untuk mempertahankan kebenaran.
Mungkin untuk mempertahankan ‘bumbung stadium’ yang runtuh tidak mampu saya lakukan kerana tenaga saya tidak mencukupi untuk tujuan tersebut tetapi kebolehan saya menulis memang akan saya gunakan untuk mempertahankan kebenaran.
Tindak-tanduk tidak cerdik ‘budak-budak Besut’ melalui beberapa blog dan tulisan mereka, akan saya tentang walaupun saya sedar saya akan berhadapan dengan mereka yang sudah kurang kewarasan.
Siapa penulis email tersebut yang melihat Datuk Ahmad tertekan dan disebabkan tertekan dan tidak tahan dengan tekanan maka lebih baik beliau meletakkan jawatan. Kata budak-budak Setiu, ‘lu siapa nak ukur orang tertekan atau tidak’.Mana lu tahu yang Menteri Besar tertekan, kata seorang pemain bola bawah 18 tahun yang membaca email budak Besut yang kurang matang itu.
Datuk Ahmad perlu meneruskan tugasnya sebagai Menteri Besar kerana amanah itu bukan diberikan oleh budak-budak Besut tetapi adalah kehendak Allah swt dengan diperkenankan Baginda Sultan Terengganu.
Ada lapan kerusi Ketua Umno Bahagian di Negeri Terengganu. Jika hanya ‘orang Besut’ sahaja buat hal, kenapa harus dipedulikan mereka? Apakah Besut lebih penting dari Negeri Terengganu? Apakah tanpa Besut, Terengganu akan pincang? Apakah Besut dipunyai oleh seseorang tertentu sahaja sedangkan bukan semua orang Besut bersetuju dengan ‘orang Besut’ yang seorang tu.
Percayalah, selepas setahun setengah Datuk Ahmad Said menjadi Menteri Besar Terengganu dengan pelbagai tekanan dibuat-buat oleh mereka yang ‘gila talak’ namun Datuk Ahmad masih mampu meneruskan tanggungjawabnya bertemu dengan semua peringkat rakyat yang selama ini merindui ‘sentuhan’ seorang yang bergelar Menteri Besar.
Bagi orang yang bijak, hujah ketiga ini tidak perlu dilayan kerana ia tidak berlaku. Yang mengatakan DUN Terengganu mahu dibubarkan ialah sebuah akhbar tabloid dan yang mengulasnya ‘budak-budak Besut’ maka, kenapa harus dilayan hujah bodoh ini. Namun, jangan kita benarkan kekeliruan dibiarkan tersebar dengan begitu mudah, maka kita kena berhujah supaya pembaca tahu niat ‘budak-budak Besut’ yang gila talak ini. Kalau DUN Terengganu tidak dibubarkan kerana tidak pernah pun Datuk Ahmad mengatakan beliau akan mengadap ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan untuk tujuan pembubaran, mengapa harus ada pihak lain yang lebih terkehadapan bercakap mengenai pembubaran DUN?
Tidak pernah sesiapa pernah mendengar keluhan Datuk Ahmad yang mengatakan susah menjadi Menteri Besar kecuali ‘budak Besut’ yang menulis email dan mengelolakan blog dungu tersebut. Lagipun, dakwaan kononnya Datuk Ahmad teringin sangat mahu merasai keseronokkan Mercedes Benz C 200 dan keempukan kerusi Menteri Besar di Wisma Darul Iman adalah ‘hujah budak-budak’ yang sepatutnya dua tahun dimasukkan ke tadika atau tabika KEMAS.
Sebagai Menteri Besar yang membawa kalainan kepada rakyat Terengganu, kepimpinan Datuk Ahmad kini sudah diakui rakyat terbanyak sebagai seorang Menteri Besar mesra rakyat. Malahan, ada penulis blog yang bercadang bertemu dengannya di Pejabat Menteri Besar terkejut kerana pejabat Datuk Ahmad dikunjungi rakyat terbanyak.
Kata penulis itu, jika beginilah cara beliau mentadbir, insyaAllah Terengganu akan terus kekal di tangan BN kerana rakyat memang merindui sentuhan seorang Menteri Besar yang sanggup memberi ruang dan masa bertemu mereka walaupun dalam suasana kesibukan.
Jadi, jika melayan rakyat seperti ini tidak disukai oleh orang Besut dan meminta Datuk Ahmad supaya menjaga penyu, kerana khidmatnya tidak diperlukan, jelas ‘otak budak-budak Besut’ ni sudah rosak dan ‘air liur mereka meleleh’ melihat kelibat kereta rasmi Menteri Besar ke sana ke mari menunaikan tugas dan tanggungjawab hakikinya.
Malahan, kelibat Datuk Ahmad di tempat-tempat kejadian rumah terbakar, sama-sama mendirikan sholat jenazah bila ada kematian selain bertemu dengan pelajar-pelajar sebagai dorongan untuk mereka terus gigih menuntut ilmu rupa-rupanya menyebabkan ‘orang Besut’ tidak lena tidurnya!
Akhir kalam, saya ingin memberitahu penulis dan pengelola blog tersebut bahawa tanpa orang Besut sekali pun, Terengganu mampu melahirkan pemimpin-pemimpin berkaliber seperti Datuk Ahmad Said sekarang ini. Bak kata pepatah, jika ayam tidak berkokok sekali pun, hari tetap akan siang. Matahari tetap akan terbit. Bukanlah bererti saya samakan ‘orang Besut’ seperti seekor ayam jantan yang sering berkokok berderai-derai tetapi ekor bergelumang najis, tetapi…faham-fahamlah!

1 ulasan:

C L J berkata...

Astarofirullahhilazim......
Perkara rumah tangga biarlah setakat dalam rumah. Jangan hendaknya disebar sebar ke laman terbuka dalam siaraya tanpa sempadan.
Satu contoh patut kita tinjau ialah:
Bila timbul cadangan untuk bermusyawarah mencari jalan sepakat nik aziz mencadangkan diadakan debat. Cuba kita fikir mengapa. Jawabnya ialah kerana mereka mahu menyebarkan perkara yang boleh diterjemah sebagai tidak baik disebarkan dan tersebar. Akhirnya yang suka bercakap lantang tanpa sempadan akan dipandang sebagai benar dan dimenangkan.
Persoalannya apakah kita mahu menjadi akibat kepada tersebarkan kesah kesah yang mudah diterjemah secara punah.
Apa lagi kalau dilanjutkan dengan semacam geram lalu menghentam baham dengan kata kata terbuka yang boleh makan lebih ramai orang... Sudah tu sudahlah.....
Seloka hamba:
Zaman dahulu Raja melaga ayam = tergadai sekerat negeri. Kini rakyat jelata melaga ayam = terancam nyawa seluruh umat (bawa balik selsema burung dari Takbai). Diakhir zaman pendekar bicara menghentamlaga sesama pemimpin = akan tergadai seluruh kedaulatan. Relakah kita.
Beristighafarlah kita semua........