Jumaat, 6 November 2009

Wang ihsan : Kenapa harus berprasangka?

Oleh Wan Yusof Hj Wan Ngah

BANYAK blog dan tulisan yang saya baca, mengulas mengenai pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mahu memberi wang ihsan kepada Kelantan. Rata-rata, kalau penulis itu ‘budak Kelantan’ mereka akan berprasangka.

Prasangkanya buruk. Kononnya, ada niat lain di sebalik pemberian wang ihsan. Saya seronok membaca ‘tajuk’ dalam ‘agendadaily’ yang menggunakan ayat ‘beri salah, tak beri salah’. Memang betul, budak-budak Kelantan yang cerdik sikit, senyap kalau mereka dapat habuan tetapi kalau mereka ‘setengah masak’, mereka akan mengatakan PM Mohd Najib ada agenda.

Bagi saya, mudah-mudahan rakyat Kelantan yang tidak terlalu cerdik dan bukan dari kalangan setengah masak, terimalah pemberian ini. Sebenarnya sudah banyak yang kerajaan Pusat bagi, sebelum pengumuman wang ihsan ini, ambillah!

Mereka yang berprasangka, biarkan mereka begitu. InsyaAllah, hidup mereka tidak tenang, sentiasa berpenyakit dan jiwa mereka bergelora. Sebab, mereka tidak tahu mengenang budi dan tidak tahu berterima kasih.

Kerajaan Pusat mempunyai kebijaksanaan tersendiri di dalam membangunkan Kelantan. Ketika Menteri Besar, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat membidas kerajaan Pusat, sebenarnya, dia sendiri juga menerima kesan dari ‘budi’ kerajaan Pusat. Tidak percaya, bertanyalah sendiri dengan Nik Aziz. Betul tak kerajaan Pusat banyak membantu Kelantan?

Saya ketawa berdekah-dekah membaca blog ‘newkk.blogspot.com’ yang dipunyai Mohd Soberi Shafii kerana mempertikaikan siapa yang akan mendapat keuntungan setelah wang ihsan tersebut mengalir ke negeri Kelantan selepas ini.

Hasad dan dengki memang tertanam dalam jiwa anak-anak Kelantan sebenarnya. Mereka tidak mahu orang lain untung, tetapi kalau keuntungan itu datangnya kepada kocek mereka, mereka senyap dan bergembira sakan dengan kawan-kawan mereka di Jakarta.

Orang Kelantan, kita semua boleh tengok perangai mereka apabila berlangsung perlawanan bola. Tidak kiralah main di mana, di Kota Bharu atau di mana-mana sahaja, mereka merasakan mereka sahaja ‘raja’ di negara ini.

Bayangkan, setiap orang bercakap pasal Kelantan, mereka akan berpesan, datanglah menyaksikan perlawanan bola ini dengan penuh semangat kesukanan. Jagalah tingkah laku dan sebagainya. Ini membuktikan bahawa ada sesuatu yang tak kena dengan ‘orang Kelantan’ ni.

Dalam perkara ini, saya amat berbangga dengan pendirian Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali. Katanya, pemberian wang ihsan seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak adalah untuk rakyat Kelantan dan bukannya untuk kerajaan negeri.

Beliau berkata, untuk itu semua pihak diminta tidak mempolitikkan pemberian tersebut yang akan bermula tahun depan.

“Mana penting, politik atau rakyat? Saya pilih kepentingan rakyat. Ia juga merupakan focus utama kerajaan Pusat iaitu mengutamakan rakyat.

“Siapa dapat nama, pahala, pujian atau undi itu soal kedua, apa yang penting kebajikan rakyat diberi keutamaan,” katanya.

Ibrahim berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa semalam bahawa Kelantan menolak pemberian wang ihsan bagi menggantikan royalty minyak seperti yang dituntut.

Perdana Menteri menegaskan pemberian wang ihsan itu akan dibayar kepada kerajaan negeri Kelantan melalui Petronas bermula tahun depan.

Ahli Parlimen Pasir Mas ini berkata, tidak menjadi masalah sekiranya wang ihsan itu diberikan kepada mana-mana agensi untuk diuruskan asalkan ia sampai kepada rakyat Kelantan yang benar-benar memerlukannya.

“Ihsan bermaksud belas kasihan kerajaan Pusat kepada rakyat Kelantan untuk sama-sama membantu meringankan beban kehidupan yang ditanggung mereka.

“Apa yang penting, rakyat Kelantan akan mendapat bantuan tambahan dan jangan kita mempolitikkan perkara ini,” katanya.

Inilah sebenarnya pemimpin yang boleh disifatkan sebagai pejuang rakyat. Dalam apa situasi sekali pun beliau mendahulukan rakyat dan tidak berprasangka seperti budak-budak Kelantan yang merasakan diri mereka terlalu cerdik atau yang setengah masak!


Berita Selanjutnya >>

Isnin, 2 November 2009

JAIS akan dakwa Dr Asri selepas siap kertas siasatan

SHAH ALAM: Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohammed Khusrin Munawi hari ini berkata bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin akan didakwa selepas jabatan itu selesai menjalankan siasatan berhubung kesalahan mengajar agama tanpa tauliah.

"Kita telah beberapa kali cuba untuk mengambil tindakan (ke atas Dr Asri) cuma pada kali ini kita berjaya melaksanakan tindakan (menangkap Dr Asri) yang telah kita rancang sebelum ini.

"Siasatan sedang kita jalankan dan selepas kertas siasatan siap, kita akan dakwa beliau pada satu masa yang akan kita maklumkan kemudian," katanya dalam satu sidang media di Pejabat JAIS, di Bangunan Sultan Idris, di sini, hari ini.

Menurutnya, Dr Asri akan didakwa di bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003, Seksyen 119 (1) yang menyebut mana-mana orang yang mengajar agama Islam atau perkara-perkara tentang agama Islam di negeri itu perlu mendapatkan tauliah daripada JAIS.

"Sesiapa yang didapati gagal mendapatkan tauliah daripada JAIS jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali," katanya.

Turut hadir dalam sidang media berkenaan ialah Mufti Selangor, Datuk Seri Mohd. Tamyes Abdul Wahid.

Jelasnya, siasatan itu juga akan disegerakan memandangkan kes itu melibatkan tangkapan yang telah menjadi perhatian umum.

"Pagi tadi, kita bawa Dr Asri ke mahkamah bukan untuk mendakwa dia. Kita bawa kes ini pagi tadi untuk jaminan bon bagi melanjutkan tempoh siasatan," katanya.

Menurutnya, berdasarkan peruntukan dalam enakmen berkenaan, jika siasatan tidak dapat disiapkan dalam tempoh 24 jam, JAIS perlu melanjutkan bon jaminan untuk meneruskan siasatan.

Beliau turut mempertahankan tindakan jabatan itu menggunakan khidmat polis ketika menahan Dr Asri.

"Tangkapan dibuat dengan dibantu polis kerana berlaku masalah untuk dapatkan kerjasama (Dr Asri).

"Kami telah dihalang oleh jemaah dan wakil rakyat kawasan, sebab itu kami dapatkan bantuan polis. Kami tidak buat lebih daripada sepatutnya.

"Kami hanya bertindak atas aduan dan memorandum daripada penduduk Taman Sri Ukay sebelum kami bertindak menahan Dr Asri," katanya.

Dalam sidang media yang sama, Mohammed Khusrin menegaskan bahawa JAIS tidak menerima tekanan daripada pertubuhan Islam atau mana-mana pihak dalam menjalankan tindakan ke atas bekas mufti itu.

"Apa yang kita buat (tangkapan ke atas Dr Asri) adalah kerana kita melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada jabatan (JAIS) berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada. Kita tidak membuat lebih daripada apa yang sepatutnya," katanya.

Tegasnya, undang-undang tersebut telah digubal sejak sekian lama, dan mana-mana individu yang ingin berceramah di Selangor perlu menghormati undang-undang sedia ada dan tiada sesiapun terkecuali dalam perkara tersebut.

"Tidak kira sama ada mereka yang ingin berceramah di rumah persendirian perlu mendapatkan tauliah daripada JAIS.

"Kita minta mana-mana penceramah yang ingin berceramah di Selangor mendapatkan tauliah daripada kita. Kita bersikap terbuka dan akan menimbangkan mana-mana permohonan untuk mendapatkan tauliah daripada JAIS," katanya.

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai isu penyebaran ajaran Wahabi, Mohamed Khusrin berkata pertuduhan itu tidak sesuai dikenakan terhadap Dr Asri memandangkan siasatan masih dijalankan.

Jelasnya lagi, JAIS tidak boleh membuat tuduhan sembarangan ke atas Dr Asri walaupun bekas mufti itu menerima tuduhan mendukung ajaran Wahabi oleh beberapa pertubuhan Islam.

Semalam, Dr Asri ditahan pada pukul 9 malam apabila sekumpulan anggota JAIS memasuki sebuah banglo milik seorang ahli perniagaan di Taman Sri Ukay, Hulu Klang ketika ketika Dr Asri memberikan ceramah kepada lebih 300 pengikut.

Bagaimanapun suasana menjadi kecoh apabila sekumpulan lelaki yang berada di dalam banglo berkenaan cuba menghalang penguat kuasa JAIS untuk menahan Mohd Asri.

Pihak polis yang memantau operasi berkenaan hanya menjadi perantara kerana tidak mempunyai waran tangkap.

Turut sama berada dalam banglo berkenaan yang juga sedang mengikuti ceramah oleh Mohd Asri ialah Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Klang, Saari Sungib.

Sementara itu, Dr Asri yang ditahan oleh JAIS tengah malam tadi dibebaskan dengan jaminan polis kira-kira pukul 1.10 pagi tadi.

Bagaimanapun beliau dikehendaki hadir ke Pejabat Agama Islam Daerah Gombak pada pukul 9 pagi esok untuk merakamkan keterangan.

(Dipetik dari http://www.mstar.com.my/)


Berita Selanjutnya >>

KPI Menteri: Itu Kata Najib!!!


`SAYA ADALAH PERDANA MENTERI NEGARA INI,SAYA JUGA PRESIDEN PARTI UMNO DAN JUGA PENGERUSI BARISAN NASIONAL, TINDAKAN SAYA JANGAN DIPERSOAL,SESIAPA SAJA YANG SAYA LANTIK JANGAN DIPERTIKAI...' Penulis dan satu dunia tahu bahawa DS Najib ialah Perdana Menteri Malaysia, Pengerusi BN dan Presiden UMNO.

Kalau merujuk kepada ucapan YB Datuk Mohamad Haji Aziz di Parlimen Khamis lalu, jelas beliau tidak sama sekali mempersoal dan mempertikaikan kuasa Perdana Menteri itu, malah beliau tidak juga meminta Perdana Menteri memecat menteri berkenaan.

Apa yang Tok Mad sebutkan ialah keupayaan dan tanggung jawab menteri berkenaan yang dilihat lemah dalam menggalas tugas beliau, lemah dalam menguatkan peranan parti yang mereka pimpin bagi diterima oleh rakyat, malah ada antara mereka yang ditolak didalam EGM parti sendiri pun selain fungsi dan peranan parti yang menyerupai parti pembangkang dalam mendesak kerajaan.

Kalau DS Najib mahukan tepukkan gemuruh atas ucapan beliau itu, rasanya beliau sudah pun mendapatkannya malah sebelum itu pun beliau telah diberikan tepukan, namun apa yang penulis lihat bahawa Perdana Menteri seakan-akan lupa dengan janji beliau yang mahukan rakyat menegur dan menilai kepimpinannya secara dekat dan rapat sesuai dengan slogan gagasan yang beliau bawa iaitu 'rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan'.

Tok Mad menegur batang tubuh Tsu Koon, bukan menegur PM dan parti Gerakan, teguran beliau boleh disifatkan kerana kegagalan Tsu Koon meningkatkan imej parti beliau baik dimata rakyat mahupun didalam BN, Gerakan dilihat tidak sensitif kepada hak dan kuasa melayu yang menjadi payung kepada kerajaan hari ini.

Malah kalau dilihat ucapan Tsu Koon semasa mesyuarat perwakilan parti itu ahad yang lalu juga tak ubah seperti meminjam suara pembangkang menyeru supaya kerajaan mempercepatkan usaha memulihkan keyakinan rakyat terhadap tiga institusi utama dalam kerajaan - sistem kehakiman, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis.

Tidakkah itu peranan yang diberikan oleh PM kepada Tsu Koon sebagai menteri untuk meningkatkan imej institusi berkenaan? Kalau begitu siapa yang harus menjawab persoalan beliau itu? atau adakah benar bahawa beliau GAGAL dalam meningkatkan imej Institusi berkenaan? Tapi itu bukan kita yang layak memberikan jawapannya...
jawapannya tentulah ada kepada Perdana Menteri yang layak dan tahu kenapa dan mengapa Tsu Koon dilantik ke jawatan tersebut. Takut dikata mempertikai pulak...

Istimewa Tsu Koon kerana PM terpaksa melantik beliau sebagai Menteri untuk mengetahui perkembangan dan memulihkan Gerakan sedangkan Presiden MIC, PPP dan lain-lain lagi perti komponen yang lain di Sabah dan Sarawak tidak pula dilantik mengganggotai Kabinet....

Agak-agak dah tercapai ke KPI menteri-menteri?
Bagaimana pula dengan KPI MB-MB?
Bagaimana pula KPI TPM?
bagaimana pula KPI PM?

Jangan tegur kerana PM tentu tahu sebab tu dia kata 'rakyat didahulukan'!!!

Berita Selanjutnya >>

MP Sri Gading Tok Mat Aziz Tak Nak Minta Maaf!!! Gerakan Nak Buat Apa???

(Dipetik dari http://politikputramerdeka.blogspot.com)

Kenyataan Ahli Parlimen Sri Gading YB Datuk Haji Mohamad Haji Aziz di Dewan Rakyat yang mendesak Presiden Gerakan meletakkan jawatan kerana GAGAL dalam menjalankan tugas beliau sebagai Menteri yang menjaga KPI khamis lalu mengundang kemarahan dan kecaman dari ahli terutama Pemuda dan Wanita Gerakan dalam perhimpunan khas parti itu petang tadi.

Tak heran! kerana dalam politik tentunya ada kuda belang yang taksub akan cuba menunjukkan ketaatan dan kesetiaan kepada 'bos' nya dalam menghadapi masa-masa suram. Malah penulis percaya YB Tok Mat Aziz juga sudah menjangka dan bersedia akan 'reaksi' dari ahli Gerakan tersebut.

Sebagai orang yang mennyelusuri perkembangan politik semasa dan mengikuti rapat akan perjalanan tokoh-tokoh politik tanah air, penulis dan ramai lagi rakyat Malaysia yang mengenali Tok Mat sejak dari tahun 1999 dimana beliau menjadi Ahli Parlimen bagi penggal yang pertama tentunya sedar akan kelantangan beliau dalam menjuarai isu-isu semasa terutama isu yang membabitkan kepentingan rakyat.

Itu sebab beliau antara 2 Ahli Parlimen Kerajaan selain dari YB Kinabatangan yang di berikan 'lesen' oleh Tun Dr Mahathir waktu itu untuk menegur pihak kerajaan. Kelantangan beliau dalam menempelak Amerika dan Yahudi dalam isu Palestin, Penghapusan yuran sekolah-sekolah, Membela pasukan beruniform terutama polis dalam isu IPCMC, Kesaksamaan dalam peruntukan pendidikan semua kaum, dan banyak lagi selain menjadi benteng dalam mempertahankan pemimpin, parti dan kerajaan dalam mendepani kerenah pembangkang.

Penulis ada membaca akan hujah beliau yang pedas dan kritis pada tahun 2007 di Parlimen bahawa kerajaan WAJIB memenuhi 7 perkara dalam membela rakyat walau berapa jua kos yang terpaksa di tanggung, - Keselamatan, Sumber Makanan, Kesihatan, Pendidikan, Air, Elektrik dan Kemudahan Jalan, itu asas dan pihak kerajaan mesti memenuhinya terutama bagi rakyat di luar bandar, Sabah dan Sarawak.

So Koon dan Tee Keat bukan yang pertama, malah penulis percaya mereka juga bukannya yang terakhir jika ada mana-mana Menteri, Timbalan Menteri dan kakitangan Kerajaan yang GAGAL dalam melaksanakan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan.

Persoalannya sejauh mana Koh So Koon dan ahli Gerakan menerima kritikan ini secara positif, kalau melihat kepada kecaman dan demonstrasi ( 30 orang ) yang ditunjukkan petang tadi jelas bahawa mereka GAGAL dalam menilai dan bermuhasabah.

Tok Mat bukan menyerang Gerakan, beliau menegur batang tubuh So Koon, Khabarnya taklimat yang diberikan oleh So Koon kepada Ahli Parlimen sebelum itu hanya dihadiri oleh beberapa kerat Ahli Parlimen, soalnya kenapa? Ini kerana sebahagian besar Ahli Parlimen 'bosan' dan 'meluat' dengan gaya dan cara So Koon yang merasa dirinya tahu serba serbi dan meninggi diri. Koh So Koon kena berubah! Beliau buka lagi CM, dan kalau begitu caranya benarlah bahawa sikap angkuh dan sombong yang menjadi pakaian beliau telah memakan diri dan Gerakan lantas meletakkan beliau 'nobody' jika tidak dilantik sebagai Menteri. Menjadi Presiden kepada parti yang ditolak oleh rakyat tidak akan membawa So Koon kemana-mana. Gerakan kena menerima hakikat itu!!!

Gerakan tidak harus 'kurang ajar' kepada Timbalan Pengerusi Tetap UMNO Malaysia itu kerana tindakan mereka hanya akan menyebabkan suara marah dan kecewa UMNO dan orang melayu kepada Gerakan muncul dan kembali hangat. Orang UMNO/Melayu tidak akan lupa bagaimana Lian How Ketua Wanita Gerakan menyatakan bahawa bangsa melayu merupakan bangsa pendatang. Sebagai Ahli Parlimen yang mendapat 'nyawa' di Gerik yang majoritinya orang melayu beliau tidak langsung sensitif malah tidak sekali memohon maaf atas kelancangan dan keceluparan beliau itu.

Gerakan juga tidak harus mengenepikan akan tergurisnya perasaan orang Melayu apabila Mah Siew Keong bekas Ketua Pemuda Gerakan menyeru agar dibubarkan sahaja semua parti dengan mewujudkan hanya 1 parti dalam BN, apa maknanya? maknanya ialah membubarkan UMNO, membubarkan UMNO maka tiada lagi isu ketuanan melayu yang diperjuangkan dan dengan sendiri akan mempersoalkan perlembagaan yang menjaga hak keistimewaan melayu dan bumiputera, Institusi Raja-Raja, Islam sebagai Agama Rasmi, Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Kebangsaan, Biasiswa dll. Ini masih lagi dilagukan dalam cadangan Si Pin Ketua Pemudanya petang tadi selain penghapusan ISA...

UMNO mangambil tindakan menggantung keahlian parti kepada Dato Ahmad Ismail kerana dituduh rasis, hanya kerana mempunyai semangat kemelayuan yang begitu tebal, tapi apakah Gerakan malah MCA dan MIC ada mengambil tindakan serupa apabila ada pemimpin dan ahli nya yang terang-terang biadap dan kurang ajar mensensasikan isu-isu sensitif? bagi mereka boleh! tapi bila orang melayu dan UMNO ianya RASIS!!! Ada batas brother dalam apa jua perkara!!! Sendiri Mau Ingat!

Hari ini Tok Mat Aziz sudah memberikan jawapan untuk tidak menarik balik kata-kata beliau malah jauh sekali meminta maaf, itu hak beliau dan penulis percaya orang melayu dan ahli UMNO bersetuju dengan tindakan Tok Mat. Gerakan kena kenal siapa Tok Mat! Gerakan kena tahu bahawa dikalangan ahli UMNO dan orang Melayu Tok Mat terkenal sebagai Pahlawan dan Panglima kepada Bangsanya yang sentiasa menjunjung kesucian Agamanya dan Kedaulatan Negaranya.

Sebagai Pendekar beliau tentunya sedar akan langkah yang dijuruskan, 'Lagi kan Bah kapal tak hanyut, ini kan pula kemarau panjang', Kalau pembangkang pun dia boleh 'pukul' tergolek-golek ini kan pula So Koon, pakai mulut boleh, pakai tangan pun boleh...

Lu fikir La Sendiri!!!
Berita Selanjutnya >>