Khamis, 6 Ogos 2009

Kelantangan Muhyiddin memang dinanti-nanti


Oleh Hassan Md Hussein (Sandakan)
citra_bangsa@yahoo.com

SATU perangai kurang baik yang ada pada kepimpinan Umno hari ini ialah ‘membiarkan’ kawan-kawan mereka dibelasah. Bagi mereka, biarlah pembangkang membedal pemimpin Umno asalkan jangan usik nama mereka.
Terkini, Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin yang membidas bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sudah menerima ‘surat peguam’ Anwar dan ketika ini, Muhyiddin kelihatan bersendirian.
Khabarnya, Muhyiddin menerima SMS yang bukan sedikit dari kenalan dan kawan-kawan dalam Umno kerana mahu memberi sokongan moral kepada kenyataannya itu tetapi, secara terbuka, mereka di kalangan Pemuda, Wanita, Puteri, Naib-Naib Presiden, Ahli MT dan kepimpinan semua peringkat di bahagian-bahagian, sedang menyembunyikan diri.
Mereka ini, berani di belakang tetapi mahu membiarkan Muhyiddin yang mempertahankan Umno, bersendirian. Barangkali, mereka tidak mempunyai keberanian yang setanding dengan Muhyiddin dan kemungkinan juga, mereka memang dilahirkan dalam bulan ‘seram’ dan hari muram.
Sebenarnya, Muhyiddin pun tidak memerlukan sokongan dari sesiapa kerana darah pahlawan yang ada pada diri Muhyiddin telah membuktikan beliau sedia ‘bertempur’ bersendirian tanpa memerlukan pertolongan sesiapa.
Namun, Umno ini bukan Muhyiddin seorang yang punya. Umno di punyai oleh 3 juta ahlinya dan dari 3.5 juta ahli itu, ada tiga Naib Presiden, ada seorang Ketua dan naib ketua Pemuda, Wanita dan Puteri, selain dari Exco-exconya.
Umno juga mempunyai 40 ahli Majlis Tertinggi (MT), selain mempunyai Pengerusi Badan-Badan Perhubungan Umno negeri-negeri, timbalan-timbalan pengerusi, ketua-ketua penerangan, setiausaha-setiausaha dan ketua-ketua bahagian serta sayap tiga peringkat.
Malangnya, semua mereka ini sedang bersembunyi di sebalik sehelai lalang. Mereka membiarkan Muhyiddin diserang Anwar Ibrahim ekoran kenyataan Muhyiddin yang menyifatkan Anwar sebagai pengkhianat.
Rugikah mereka jika mengeluarkan kenyataan menyokong pendirian Muhyiddin yang juga merupakan pendirian Umno? Kalau tidak rugi, kenapa menyepi? Apakah ini bukan musim pertandingan menyebabkan mereka tidak merasakan ‘keuntungan’ jika bercakap dan hakikat sebenar, mereka ini takut diserang Anwar.
Ketua Pembangkang itu meminta Muhyiddin meminta maaf darinya tetapi Muhyiddin memilih untuk tidak berbuat demikian. Inilah kelebihan Muhyiddin dan tidak rugilah perwakilan Umno yang berjumlah 2,600 orang mengundinya, kecuali 951 yang memberi undi kepada Tan Sri Muhammad Muhd Taib.
Di mana Munyiddin menyebut yang Anwar ini adalah pengkhianat? Muhyiddin dipetik sebagai berkata, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sebagai pengkhianat besar terhadap perjuangan orang Melayu.
Muhyiddin berkata demikian di Umno Bahagian Seri Gading, salah satu bahagian yang cukup bersejarah dalam politik negara ini. Umno Bahagian ini dipimpinan Timbalan Pengerusi Tetap Umno Malaysia, Datuk Mohamad Aziz dan Seri Gading pernah diwakili Allahyarham Tun Hussein Onn, Datuk Mustaffa Mohamad dan Allahyarham Mohd Yassin Kamari.
Khabarnya Anwar cukup terkejut dengan ‘bidasan’ Muhyiddin ini. Itulah sebabnya, tidak dia tidak menunggu lama untuk meminta peguamnya supaya menghantar surat menuntut maaf darinya jika tidak mahu disaman.
Namun, Anwar yang sudah semakin keliru sekali lagi tersentak apabila Muhyiddin menegaskan bahawa “saya memilih untuk tidak meminta maaf”. Jika selama ini Muhyiddin dilihat sebagai seorang yang pendiam, susah tersenyum dan sering melalui kesukaran untuk naik dalam politik, kini sudah menunjukkan ‘belangnya’.
Oleh itu, jika Anwar dan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berani dibidasnya, Muhyiddin sebenarnya membuktikan kepada seluruh rakyat Malaysia, bahawa beliau memang layak berganding dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang juga merupakan seorang pemimpin yang cukup berani, tegas dan bersemangat.
Umno sebenarnya sudah lama merindui watak-watak seperti Muhyiddin ini. Umno kehilangan Saadon Jubir, Jaafar Albar, Harun Idris dan Dr. Ismail Abdul Rahman.
Umno sebenarnya memang teraba-raba mencari seseorang yang lantang untuk berdepan dengan karut-marut pemimpin yang disifatkannya sebagai ‘lidah bercabang’ dan putar-belit fakta sebenar.
Hari ini, kerinduan ahli-ahli Umno terubat. Muhyiddin muncul ketika ianya sangat-sangat diperlukan. Tiada siapa yang berani menyerang Anwar dengan kata-kata pengkhianat, lidah bercabang dan memutar belitkan fakta, kecuali Muhyiddin.
Tentunya Anwar tidak dapat menerima bidasan Muhyiddin itu. Malahan, selama ini ramai yang mengatakan Muhyiddin adalah orang Anwar dan salah satu sebab mengapa Muhyiddin agar tercicir dari hirerki kepimpinan Umno suatu ketika dahulu, kerana fitnah ini.
Malahan, selama ini Anwar yang menumpang pengaruh Muhyiddin, kononnya mahu dilihat sebagai seorang yang mempunyai pengaruh yang kuat di Johor ketika Muhyiddin menjadi Menteri Besar Johor.
Padahal, sejarah membuktikan, Muhyiddin tidak pernah meminggirkan Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika beliau menjadi Perdana Menteri dan dalam masa yang sama, melebihkan Anwar Ibrahim ketika Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri.
Biasalah, Muhyiddin dicemburui kerana kebolehannya. Muhyiddin dibenci kerana bekerja kuat untuk parti dan negara tetapi mereka yang mengkritiknya sering kali memfitnahnya dengan cerita-cerita Muhyiddin mengadai tanah dan pembangunan di Johor kepada Singapura.
Terbaru, dalam Pilihan Raya Kecil Manek Urai, Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayob mendakwa Muhyiddin menjual banyak tanah kepada Singapura dan apabila Muhyiddin meminta Salahuddin membuktikan dakwaannya, bekas Ketua Dewan Pemuda Pas itu berdiam diri.
Khabarnya, Muhyiddin masih tidak berhenti-henti menerima SMS dengan kata-kata sokongan ekoran kenyataannya itu.

Berita Selanjutnya >>

Rabu, 5 Ogos 2009

Rosli, Nasir pemimpin berjiwa besar




Oleh Saiful Malek Muda
citra_bangsa@yahoo.com

SAYA percaya, tindakan paling wajar bagi Ketua Umno Bahagian Dungun, Datuk Rosli Mat Hassan melantik dua orang bekas penentangnya, Datuk Din Adam dan Zakaria Abdullah sebagai AJK Umno bahagian itu dibuat kerana sayangkan Umno melebihi segala-galanya.
Sebagai seorang pemimpin berjiwa besar, Datuk Rosli mungkin dikecam penyokongnya sendiri kerana perangai Zakaria (ADUN Paka) dan Din (ADUN Bukit Besi) terhadap dirinya dan rakan-rakan kepimpinan dalam Umno Bahagian Dungun, sepatutnya kedua-dua orang ini perlu disisihkan terus.
Namun, Datuk Rosli sudah ‘season’ dengan perjuangan. Bukan kecil bantuan dan pertolongannya yang menyebabkan Zakaria dan Din kini bergelar YB. Malahan, satu ketika, Din dilantik menjadi Exco Kerajaan Negeri Terengganu dan jika bukan kerana DUN Bukit Besi yang melayakkannya menjadi ADUN, mustahil dia boleh menjadi Exco.
Malangnya, Din lupa daratan. Din me ngambil keputusan menentang Datuk Rosli yahng banyak berjasa kepada karier politiknya. Din lupa daratan kononnya dia naik dalam politik bukan kerana DUN Bukit Besi, bukan kerana pengundi di Bukit Besi dan bukan kerana Umno Bahagian Dungun.
Berkali-kali dia bercakap di khalayak ramai, dia tidak menghormati kepimpinan Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said. Kalau Din faham susur-galur politik Terengganu, Din sepatutnya mengisytiharkan dirinya bertaubat nasuha, tidak lagi menjadi penderhaka.
Kalau Din tidak tahu dan tidak mahu menghormati Menteri Besar yang bernama Datuk Ahmad Said, Din hormatilah ‘institusi Menteri Besar’ itu.
Ketika ini, Menteri Besar Terengganu adalah Datuk Ahmad Said. Dari segi kerajaan, beliaulah ketua. Apabila Datuk Rosli bercadang mahu melantik Din dan Zakaria sebagai AJK, tentulah Menteri Besar dirujuk. Jika Menteri Besar tidak berdendam dengan apa yang telah Din lakukan terhadap dirinya, ini membuktikan bahawa Datuk Ahmad Said dan Datuk Rosli memang layak digelar pemimpin berjiwa besar.
Penyokong-penyokong Datuk Rosli di Dungun sebenarnya lebih layak dilantik menjadi AJK tambahan kalau Datuk Rosli lebih memikirkan keutuhan politik peribadinya. Malahan, keputusan beliau melantik Din dan Zakaria pastinya beliau terpaksa berdepan dengan ‘kekecewaan kawan-kawannya’ yang siang dan malam menyokongnya.
Bagi orang-orang Umno di luar Dungun, mereka mungkin tidak dapat memaafkan Din dan Zakaria yang terlibat dengan Geng 10, memboikot Persidangan DUN Terengganu, pertengahan April lalu.
Khabarnya, Datuk Rosli yang cukup terkenal dengan sikap membela kawan-kawan, mengumumkan perlantikan Din dan Zakaria di hadapan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebelum perasmian Persidangan Tahunan Umno Bahagian Dungun.
Bukan main terkejut beberapa pihak yang selama ini memang tidak bersetuju dengan ‘sikap Datuk Rosli’ yang dikatakan selalu memaafkan kawan-kawan yang pernah mengkhianati dirinya.
Namun, kegelisahan kawan-kawan yang menyokong kuat Datuk Rosli dapat ditenteramkan. Khabarnya, bekas pembantu kepada Din ketika dia menjadi Exco, Abdul Mubin Ismail mengharapakan bekas bossnya itu tidak menerima apa-apa tawaran dan perlantikan sebaliknya terus bekerja untuk menjatuhkan kepimpinan Datuk Ahmad Said. Sejauh mana kebenaran dakwaan terhadap hasrat Abdul Mubin ini tidak dapat dipastikan tetapi, dia tidak mahu Geng 10 berjuang sekerat jalan.
Dalam perkembangan yang sama, ada pihak memberitahu, Din dan Zakaria mungkin merujuk terlebih dahulu kepada ‘bossnya’ Datuk Seri Idris Jusoh sama ada mahu menerima atau tidak tawaran perlantikan ini.
Kata mereka yang pernah mendengar Menteri Besar berkata, Din pernah ditawarkan menjadi Exco Belia dan Sukan oleh Datuk Ahmad Said tetapi menolaknya dengan cara menyampaikan ‘penolakan’ itu melalui pihak ketiga.
Kalau Din menerima tawaran ini, baguslah. Mudah-mudahan Umno Terengganu akan kembali utuh. Tetapi kalau Din menolak tawaran ini, pun bagus juga kerana mudah-mudahan, hasrat kawan-kawannya mahu melihat dia hanyut dibawa arus perasaan tidak pernah bersyukur, akan memusnahkan dirinya sendiri.
Begitu juga Zakaria. Hubungannya dengan Datuk Rosli sebelum ini amat intim. Mustahil Datuk Rosli tidak ada berjasa dan berbudi kepadanya hingga dia berjaya menjadi ADUN Paka. Tetapi, biasalah. ADUN yang dikatakan suka ke Jakarta ini tentunya tidak akan membuat keputusan menerima tawaran tanpa merujuk terlebih dahulu dengan ‘sifu politiknya’.
Dalam perkembangan yang sama, khabarnya Ketua Umno Bahagian Kuala Nerus, Datuk Mohd Nasir Ibrahim Fikri turut mempelawa ADUN Tepuh, Muhammad Ramli Nuh untuk duduk sebagai AJK Umno bahagian Kuala Nerus.
Mohd Nasir mungkin mahukan Muhammad Ramli yang mempunyai blog sendiri, menggunakan blognya untuk berkhidmat kepada rakyat di DUN Tepuh dengan lebih berkesan lagi.
Barangkali Mohd Nasir bimbang, Muhammad Ramli menyalah gunakan blognya sendiri untuk tujuan yang merugikan Umno. Kuala Nerus merupakan kubu kuat Umno di Terengganu dan pernah menyaksikan Naib Presiden Parti Melayu Semangat 46, Datuk Ibrahim Azmi Hassan tewas di tangan calon BN, Datuk Abdul Rahin Md Said.
Apa yang paling mengejutkan, pengumuman Hishammuddin melantik ADUN Kota Putera, Mohamad Pehimi Yusof sebagai Penolong Setiausaha Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu.
Mohamad Pehimi juga merupakan salah seorang anggota Geng 10 diharapkan dapat menerima tawaran itu dan mampu untuk menjauhkan diri dari mereka yang selama ini menjalankan kerja-kerja untuk menggugat kepimpinan Datuk Ahmad Said.
Menjadi hak Hishammuddin mahu melantik sesiapa yang dia suka menjadi Penolong Setiausaha atau Penolong Bendahari atau Penolong Ketua Penerangan kerana jawatan itu tidak termaktub dalam Perlembagaan Umno, tetapi janganlah nanti penolong-penolong ini menjadi ‘duri dalam daging’ kepada Badan Perhubunga Umno Negeri.
Maklumlah, Geng 10 ini sudah terbukti berani memboikot Persidangan DUN Terengganu, tidak mustahil jika mereka juga boleh melakukan sesuatu yang mampu merosakkan imej Umno Negeri Terengganu.
Hishammuddin kena beritahu mereka, jawatan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu sekarang disandang oleh Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan bukan lagi Datuk Seri Idris Jusoh.
Ramai yang khuatir kalau-kalau mereka ini masih menjalankan kerja-kerja Idris dan bukan kerja-kerja Umno!

Berita Selanjutnya >>

Isnin, 3 Ogos 2009

Nasib baik Nik Aziz tak pengsan mendengar teguran PM


Oleh Ahmad Haji Ishak

NASIB baik tak pengsan Nik Abdul Aziz Nik Mat apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak meminta dia dapat menjaga perasaan ahli Umno dengan tidak mengeluarkan kenyataan yang menyinggung.
Nik Aziz ingat dia kuat sangat. Dia tidak tahu bahawa ahli Umno seramai 3 juta orang. Jauh lebih besar dari ahli Pas. Dia rasa dia kuat sebab dia tidak lebih umpama katak bawah tempurung. Dia hanya kuat di Kelantan tetapi dia jangan ingat dia juga kuat di tempat-tempat lain.
Kenapa dia bercakap ikut sedap mulutnya? Apakah dia tidak sedar yang dia berdepan dengan 3 juta ahli Umno dan berjuta lagi penyokong Umno yang tidak menjadi ahli tetapi turut meluat dengan perangai Nik Aziz.
Ketika ini, Nik Aziz menyokong tunjuk perasaan dan perhimpunan haram yang kononnya mahu memberi tekanan kepada kerajaan. Padahal, mereka yang menganjurkan perhimpunan ini sebenarnya mahu menjadi hero dan menjemput pihak berkuasa menangkap mereka.
Kalau mereka ditangkap kes tunjuk perasaan, mereka mungkin dapat membersihkan nama mereka dari cerita kes liwat dan sebagainya. Malangnya pihak berkuasa tidak mudah terperangkap dengan permainan seperti ini.
Nik Aziz digelar Tok Guru. Najib juga menyebutnya sebagai Tok Guru. Akhbar Harakah, milik parti Pas turut menulis nama Nik Aziz sebagai Tuan Guru. Malangnya, watak dan perangainya tidak langsung mengambarkan dia sebagai seorang Tok Guru atau Tuan Guru.
Dengan Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa, dia pernah berkasar dan menghalau Nasharudin keluar dari Pas. Nik Aziz mungkin menyangka dialah ‘boss’ Pas buat masa ini tetapi sebenarnya jawatannya itu, Mursyidul Am Pas adalah jawatan ‘diadakan saja untuk menjaga hati’ orang yang tidak layak menjadi Presiden atau Timbalan Presiden.
Nik Aziz adalah manusia politik tetapi dalam bahasa Inggeris dia adalah ‘political animal’. Dia tidak layak untuk menerima gelaran ulama atau Tok Guru kerana dia juga sama seperti Lim Kit Siang, bertanding dalam pilihan raya.
Dalam berhujah, dia akan menangkan partinya dan sering menghina parti yang menjadi saingan Pas kerana dia tahu, ketika dia merasakan dirinya kuat di Kelantan, dia sendiri tahu jika dia tidak lagi menjadi Menteri Besar Kelantan, Pas Kelantan akan bergolak dan tidak mustahil, akan kalah dalam dalam pilihan raya.
Orang Pas, tiada perjuangan. Mereka hanya pandai mengambil kesempatan. Apabila mereka dengar kerajaan mahu memansuhkan PPSMI, mereka berarak kononnya menyerahkan memorandum kepada Yang DiPertuan Agung.
Begitu juga dalam kes ISA. Orang Pas tahu bahawa di bawah kepimpinan Najib, ISA akan dikaji semula. Jika mereka tidak menganjurkan perhimpunan haram, seolah-olah mereka (Pas) tidak terlibat di dalam mendesak kerajaan meminda ISA.
Inilah yang dikatakan mengambil kesempatan. Nik Aziz tahu semua ini tetapi dia juga risau jika Pas nanti dilihat tidak terlibat langsung dalam membuat desakan. Maka, rakyat sepatutnya sudah dapat melihat betapa liciknya permainan politik Pas. Rakyat sepatutnya sudah boleh menolak permainan politik yang menyusahkan ini.
Nik Aziz tentunya tahu mali apabila Najib menegurnya. Walaupun Najib bercakap dalam keadaan baik, tetapi Najib adalah orangnya yang bertanggungjawab menghantar doktor pakar untuk memberi rawatan kepada Nik Aziz yang pernah disahkan ‘kepenatan’ dan ditahan di hospital.
Malangnya, manusia seperti Nik Aziz ini, sama dengan mereka yang menyokong Pas di bawah sana, tidak tahu berterima kasih. Bagi mereka, jika tidak menentang Umno, mereka tidak akan dilihat layak menjadi pemimpin Pas.
Kalau sesiapa mengikuti perkembangan politik Nik Aziz, mereka akan tahu betapa ceteknya tahap pemikirannya.
Masih ingat permintaan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir supaya ulama Pas mengeluarkan fatwa terhadap tindakan Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin turut menyalakan lilin bagi mengingati kematian Teoh Beng Hock.
Nik Aziz juga mengeluarkan kenyataan tidak menghalang sesiapa sahaja membacakan ayat al-Quran ketika berucap, walaupun mereka bukan Islam kerana dia mahu menyokong Nga Kor Meng, Setiausaha DAP Perak yang dikatakan turut menyebut dengan apa niatnya, sepotong ayat Quran bagi menghinakan Umno dan BN.
Bila ada seorang Exco Kerajaan Negeri Selangor didakwa bergambar separuh bogel dan gambar itu diedarkan oleh bekas kekasihnya, Nik Aziz mengatakan tidak salah berbogel di rumah sendiri dan itu hak peribadi.
Maka berpeluk-pelukan wanita-wanita (muslimatlah kononnya) Pas kepada anak dara PKR yang berbogel itu, sebagai tanda ‘boleh berbogel’ dan Tok Guru tidak menghalang untuk berbogel.
Nasib baik Najib tidak menasihatkan Nik Aziz supaya jangan menyokong orang berbogel, jangan menyokong orang bukan Islam menggunakan ayat Quran untuk berucap dengan niat mahu menghina Umno selain daripada jangan bercakap hingga boleh menyinggung perasaan ahli Umno.
Nik Aziz tergamam barangkali apabila Najib bercakap begitu. Mana mungkin Nik Aziz menyangkA Najib akan menasihatkan dia begitu kerana selama ini dia ingat dia sahaja yang layak menasihatkan orang?
Genarasi muda, sudah boleh menjauhkan diri dari Nik Aziz yang semakin ‘ketetil’ seperti gasing tidak berpaku, meminjam kata-kata bekas Naib Presiden Umno, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad baru-baru ini. (citra_bangsa@yahoo.com)

Berita Selanjutnya >>

Ahad, 2 Ogos 2009

Polis jangan takut bertindak ke atas manusia bodoh itu


Oleh Zainal Yusof
citra_bangsa@yahoo.com

SABTU, 1 Ogos 2009 sebenarnya cuti hujung minggu yang cukup sesuai untuk ibu bapa membawa anak-anak berlibur atau membeli-belah, bagi persiapan menjelang Ramadan dan Syawal yang bakal menjelang.
Malangnya, bagi penduduk Kuala Lumpur, Sabtu, 1 Ogos lalu, ia menjadi suatu hari malang kerana angkara mereka yang bodoh dan menjadikan diri masing-masing alat kepada puak yang kononnya mahu menjadi juara dan mahu mengalihkan perhatian rakyat daripada melihat isu dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim dituduh meliwat kepada isu mansuhkan ISA.
Mereka menonjolkan diri untuk mengepalai rakyat bodoh yang berketongtang di jalan raya kononnya mahu membela nasib Lim Kit Sing dan Mohamad Sabu tetapi berapa ekor bangsa lain jika dibandingkan muka Melayu yang berbaju kusam, berkupiah yang penuh kulat dan berbau hapak?
Mereka ini, kononnya berani tetapi memakai topeng supaya sukar dikenali, jika di suruh berguling atas jalan raya, mereka akan berguling. Jika disuruh memasang lilin dan bertafakur mengenang kematian, mereka akan menyalakan lilin dan jika di suruh bertoha di lengan baju, mereka akan bertoha, kerana kepentingan undi Cina dan India yang mereka idamkan.
Dr. Hatta Ramli mungkin bangga kerana ditahan polis dengan bahagian dadanya terdedah tetapi sedarkan rakyat yang bodoh di belakang dia bahawa Dr. Hatta adalah Ahli Parlimen yang dipilih dalam pilihan raya dan boleh bercakap di Parlimen untuk tujuan memansuhkan ISA?
Rakyat Malaysia yang berjumlah 25 juta orang akan lebih terancam jika ISA dimansuhkan kerana dengan undang-undang ISA yang mereka dakwa sebagai zalim, mereka masih boleh melawan polis dan mereka boleh bertempik di Jalan Tuanku Abdul Rahman… cuba kita semua bayangkan kalau ISA dimansuhkan!
Kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan rasa berterima kasih kepada pasukan polis, khasnya Polis Kuala Lumpur yang bertindak tegas terhadap manusia-manusia bodoh ini.
Mereka tidak sedar, jika bukan Umno dan BN memerintah, sudah berapa ramai yang kena sembelih, kena rogol dan kena seksa. Melayu mudah lupa! Tok nenek kita disembelih Cina. Tok nenek kita dirogol Cina ketika Bintang Tiga berkuasa dahulu. Ingat, bagaimana Jepun dan orang putih berkuasa di Tanah Melayu.
Orang Melayu janganlah membenarkan perkara seperti ini berulang. Ada seorang dua pemimpin Pas, termasuk Dr. Hatta Ramli yang kini bukan main garang menentang kerajaan, dapat pelajaran kerana sistem pemerintahan adil Umno dan BN (Perikatan). Kalau tidak, dia mungkin masih duduk di kampungnya, di Perak dan tidak dapat menjadi doktor dan kini sebagai Ahli Parlimen.
Malaysia, sebagai sebuah negara aman damai, memberi peluang pemimpin Pas, DAP dan PKR mengadakan ceramah dan mengutuk serta memaki hamun pemimpin kerajaan. Kalau Malaysia dalam keadaan huru hara, mereka pun tidak boleh keluar rumah, tidak boleh berceramah dan jauh sekali mahu bertanding dalam pilihan raya.
Kononnya, Umno dan BN zalim. Tahukah rakyat yang diperbodohkan bahawa im Kit Siang mempunyai pendapatan pencen sebagai ADUN dari Melaka, Selangor dan Pulau Pinang lebih dari RM7,000 sebulan? Itu tidak termasuk elaunnya sebagai Ahli Parlimen yang dia dapat sekarang.
Kenapa perlu takut kepada ISA? Adakah ISA sudah mencabut nyawa sesiapa? Adakah ISA sudah menyebabkan pemimpin Pas kehilangan elaun? Adakah ISA sudah pernah menghalang Lim Guan Eng menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang?
Perhimpunan ‘mansuh’ yang mereka buat, kononnya atas nama Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) sebenarnya satu usaha untuk menonjolkan diri. Mereka mahu mengalihkan perhatian rakyat dari memberi fokus kes liwat Anwar Ibrahim kepada isu polis menangkap 500 orang peserta perarakan tersebut.
Terima kasih polis. Jangan pedulikan dengan fitnah dan caci maki dari manusia bodoh ini. Tugas anggota polis ialah menguatkuasa undang-undang. Ada lebih dari 10,000 orang yang hendak pergi membeli belah di Jalan Tuanku Abdul Rahman. Ada beribu tauke yang mahu menjalankan perniagaan. Ada beribu pekerja yang bekerja di kedai-kedai di sana.
Bukan manusia bodoh ini yang membayar gaji pekerja kedai-kedai kain tersebut. Bukan manusia yang berjanggut dan berkupiah kusam yang memberi makan dan minum anak-anak pekerja-pekerja ini, tetapi pendapatan mereka hasil titik peluh mereka sendiri.
Mereka mahu jaminan keselamatan. Mereka mahukan keadaan yang aman. Mereka mahu bekerja mencari pendapatan. Mereka mahukan anggota polis menjamin keselamatan mereka.
Manusia bodoh ini boleh bertempik, bertakbir dan menjerit di rumah mereka. Mereka boleh memakai pakain kusam dan berbau masam di rumah mereka tetapi tidak perlulah datang ke sekitar Jalan Masjid India, Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Masjid Negara untuk membuat perkara-perkara yang menyusahkan orang lain.
Saya ingin mencadangkan, jika boleh biarlah pihak polis bertindak lebih keras lagi. Jika perlu, tahan mereka ini di bawah ISA. Jika Kem Kamunting tidak muat untuk mengisi 10,000 manusia bodoh ini, binalah 10 buah lagi Kem Kamunting untuk tujuan pemulihan otak-otak dungu manusia berbaju kusam, berkupiah yang masam dan berjanggut sejemput.
Kehidupan kami selama ini cukup tenang dengan adanya ISA. Namun, sudah ada manusia bodoh dan kurang ajar sekarang ini yang mahu mengganggu gugat. Jangan beri mereka peluang untuk merosakkan kerana bukan mereka yang membina keamanan ini selama ini hingga Malaysia aman dan damai seperti sekarang.

Berita Selanjutnya >>

Geng 10 adakah pertemuan dengan Anwar Ibrahim?


Oleh Wan Yusof Hj Wan Ngah
citra_bangsa@yahoo.com

SEBENARNYA saya sudah mendengar kisah ada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Terengganu yang tidak puashati dengan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said mengadakan pertemuan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sejak sebulan yang lalu.
Walaupun, saya percaya cerita itu tetapi sengaja saya tidak mahu menulis mengenainya kerana dalam jiwa saya tetap yakin bahawa tiada ahli Umno yang bergelar YB akan sanggup mengkhianati parti Umno, sebuah parti yang terlalu banyak berjasa kepada orang-orang Melayu dan rakyat Malaysia.
Malangnya, perasaan saya tergugat sekali lagi apabila saya terbaca sebuah akhbar berbahasa Inggeris, Ahad, 2 Ogos 2009 yang menyebut ada pertemuan antara beberapa orang pemimpin dari Terengganu dengan Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak bagi membincangkan kemungkinan tersebut.
Mungkin inilah politik seperti kata Presiden MCA ketika memberi komentar ekoran melompatnya bekas Naib Presiden, Datuk Chua Jui Menag dari MCA ke PKR baru-baru ini.
Maknanya, dalam politik, kalau ada penyokong yang tidak tahu berterima kasih di atas bantuan dan pertolongan yang diberikan pemimpin kepada mereka, ia sebenarnya sesuatu yang biasa dan tidak perlu dikesalkan.
Mereka yang bertaraf pemimpin pun, apabila mereka nampak sudah tidak ada kepentingan di depan mereka, mereka pun tidak tahu berterima kasih lagi kepada parti dan bersiap-sedia meninggalkan perjuangan parti yang sudah banyak mereka telan jasa dan budinya.
Di Terengganu, ada Geng 10 yang sudah memulakan sesuatu. Geng 10 ini adalah mereka yang berusaha sedaya upaya untuk menjatuhkan Menteri Besar. Namun, ketika mereka nampak ada kesukaran untuk menggugat kepimpinan Menteri Besar, mereka berusaha pula untuk menggugat (sebenarnya menggugut) Umno.
Geng 10 ini, dinaikkan oleh Umno. Mereka hidup senang lenang kerana mereka berada di dalam Umno. Mereka ini ada yang terpelajar dan ada juga yang tidak lulus PMR. Malahan, ada juga yang terkenal kerana ada skandal dengan ‘betina’. Kalau setahun, tidak sah kalau tidak ke Jakarta berulang-ulang kali.
Rekod ini ada di simpan oleh Imigresen. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein boleh semak rekod ini jika beliau mahu. Jadi, sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu, Hishammuddin jangan mudah terpengaruh dengan cerita rekaan dan tokok tambah Geng 10 ini, jika Umno di Terengganu mahu dikembalikan kekuatannya.
Apa tugas Geng 10 ini sebenarnya? Adakah tugas mereka untuk merosakkan Umno? Adakah tugas mereka hanya mahu memboikot Persidangan DUN Terengganu? Adakah tugas mereka, datang ke Kuala Lumpur, mengumpat Menteri Besar dan menceritakan keburukan Menteri Besar?
Sudah banyak kali saya menulis mengenai isu ini tetapi kali ini, saya sekali lagi mahu mencadangkan supaya Geng 10 bertindak lebih berani, meletakkan jawatan atau mengosongkan kerusi untuk diadakan semula pilihan raya. Biarlah kerajaan negeri tumbang kerana angkara mereka, daripada menjadi musuh dalam selimut kepada BN.
Bukanlah tujuan saya mahu mendahului sesiapa, tetapi angkara dan keburukan perangai Geng 10 sudah tidak boleh dibendung. Mereka bukan sahaja terlajak perbuatan (kerana terlajak perahu boleh diundur), malahan, mereka sendiri nampaknya sedang berusaha membocorkan kapal yang sedang mereka tumpangi.
Mereka (Geng 10) boleh lemas kerana mereka mungkin sudah terlalu lama ‘hidup mewah’ dalam kapal yang serba mewah. Maka, selepas mereka rasakan mereka sudah tidak dapat lagi untuk terus bermewah-mewah dalam kapal yang serba mewah ini, maka mereka mahu karamkan kapal yang mereka tumpangi selama ini.
Mereka tidak mahu orang lain, orang yang sama-sama berjuang memperkuatkan Umno dan orang yang lebih lama dari mereka berbakti kepada Umno, menikmati apa yang mereka nikmati sekarang.
Mereka bekerja keras untuk merosakan Umno. Mereka memberi alasan kononnya semua ini mereka lakukan kerana mereka tidak boleh menerima kepimpinan Menteri Besar. Malahan, secara halusnya, mereka menolak Istana Terengganu yang memperkenankan perlantikan Datuk Ahmad Said menjadi Menteri Besar.
Tidak hairanlah, ada dakwaan mengatakan mereka mengupah beberapa blogger supaya menulis dengan tujuan menghasut orang-orang di Besut supaya mendesak pemimpin di Besut supaya ‘membawa Besut keluar dari Terengganu’.
Bunyinya seperti main-main tetapi sebenarnya ini adalah penderhakaan. Mereka tidak lagu menghormati Institusi Kesultanan di Terengganu dan mereka tidak lagi mengikhtiraf Sultan Terengganu adalah Sultan bagi Negeri Terengganu.
Orang seperti ini, layaknya duduk dalam jel. Namun mereka masih mampu berselindung di sebalik sehelai lalang. Mereka memikirkan, perasaan mereka lebih penting dari kedaulatan negeri. Mereka fakir, mereka sudah mampu untuk mentadbir sebuah negeri sendiri dengan mempunyai Sultan dan Menteri Besar sendiri. Maknanya, Sultan Besut dan Menteri Besar Besut.
MasyaAllah! Minta dijauhkan Tuhan dari terjadi perkara seperti ini. Begitu taksub mereka ini hingga mereka menjadi manusia yang begitu dungu dan bebal. Mereka menjadi alat kepada kumpulan penderhaka yang menanti diri mereka didakwa dan dihukum.
Orang-orang di Besut sudah mempunyai seorang wakil rakyatnya yang pernah menjadi Menteri Besar. Orang-orang di Besut tentunya masih ingat dalam zaman orang Besut menjadi Menteri Besar, terbangun sebuah stadium yang agak besar dan dinamakan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin dan baru-baru ini runtuh bumbungnya.
Bekas Menteri Besar dari Besut ini bersedia untuk menjemput pegawai-pegawai dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasatnya kalau-kalau ada yang tidak kena dengan pemberian projek itu dan kesilapan dalam melantik kontraktor.
Namun, belum kedengaran kesediaan SPRM Terengganu mengadakan pertemuan dengan bekas Menteri Besar ini mungkin kerana SPRM sedang mengumpul bukti-bukti terlebih dahulu sebelum mengadakan pertemuan dengan bekas Menteri Besar yang orang Besut anggap sebagai seorang pemimpin bertaraf dunia.

Berita Selanjutnya >>

Sabtu, 1 Ogos 2009

Tugas berat Pas mempertahankan DUN Permatang Pasir



Oleh Zamzuri Damanhuri

WALAUPUN tidak sesuai sebenarnya berbincang soal pilihan raya kecil ketika kematian baru sahaja berlaku kepada seseorang wakil rakyat, tetapi suasana politik di Malaysia menuntut situasi begini.
Pemergian Datuk Mohd Hamdan Abd Rahman, ADUN Permatang Pasit sejak 1999 pada 31 Julai 2009 adalah pemergian yang tidak disangka-sangka. Kebetulan Majlis Tertinggi (MT) bermesyuarat pada hari yang sama dan Presidennya, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengumumkan BN akan meletakkan calon apabila berlaku pilihan raya kecil di situ nanti.
Allahyarham Mohd Hamdan menang kerusi DUN Permatang Pasir dengan majority 5,433 apabila mengutip 11,004 undi, manakala calon BN Ahmad Sahar Shuib hanya mendapat 5,671 undi dan terdapat 227 undi rosak.
Pas mungkin merasakan mereka tidak mempunyai masalah untuk mempertahankan kerusi ini kerana ia merupakan kubu Pas dan PKR, tetapi dengan apa yang berlaku di DUN Manek Urai 14 Julai 2009 yang lalu, di mana BN hanya kalah dengan perbezaan 65 undi, sedikit sebanyak ia merisaukan juga.
Bagi Umno, kekalahan demi kekalahan dalam pilihan raya kecil tidak sedikit pun menyebabkan parti ini terus mencuba kerana kebetulan Umno (BN) baru kalah sekali di kerusi sendiri iaitu Parlimen Kuala Terengganu.
Lain-lain kerusi, termasuk Permatang Pauh, Bukit Gantang, Manek Urai, Bukit Selambau dan Penanti memang kawasan yang sebelumnya dikuasai pembangkang.
Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat sudah menasihatkan Umno supaya jangan meletakkan calon di DUN Permatang Pasir, satu nasihat yang tidak berguna apabila nasihat itu tidak diminta, tetapi tidak mustahil Umno mampu menawan semula kawasan ini kerana sejarahnya, DUN Permatang Pasir sebelum peristiwa pemecatan Anwar Ibrahim 1998, adalah kawasan yang sentiasa diwakili ADUN dari Umno.
Kebetulan di Pulau Pinang, hanya DUN Permatang Pasir sahaja Pas menang dan inilah satu-satunya kerusi yang diwakili Pas. Jika Pas gagal mempertahankan kerusi ini, seolah-olah berakhirlah riwayat politik Pas dalam DUN Pulau Pinang yang dikuasai DAP itu.
DUN Permatang Pasir diwakili 20,350 pengundi di mana 72.31 peratus diwakili pengundi Melayu, Cina 25.94 peratus, India 1.61 peratus dan lain-lain 0.14 peratus mengikut rekod PRU 12, Mac 2008 yang lalu. (citra_bangsa@yahoo.com)
Berita Selanjutnya >>