Oleh Wan Yusof Hj Wan Ngah
KHABARNYA, Blogger Abdul Mubin Ismail cukup risau apabila Umno bahagian-bahagian di Negeri Terengganu memulakan majlis penerangan isu-isu semasa, dengan satu tulisannya bertajuk YANG MENJAJA SIMPATI tersiar dalam blognya, ‘jaranganakmelayu.blogspot.com’.
Seperti biasa, tulisan Abdul Mubin sudah pasti menghina Ketua Umno Bahagian Dungun, Datuk Rosli Mat Hassan yang juga Setiausaha Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu. Blogger ini turut menyentuh kononnya Datuk Rosli sering menyebut nama blognya yang menjadikan blognya kini semakin diketahui ramai.
Bukan main suka bekas PA Datuk Din Adam di Pejabat Exco Belia dan Sukan Negeri Terengganu ini, apabila dia mendakwa disebabkan Datuk Rosli sering menyebut nama blognya, maka semakin ramai yang sudah tau dia mempunyai blog dan menulis dengan penuh kebiadapan.
Tetapi jauh di sudut hatinya, dia sudah semakin resah, gelisah dan risau dengan laporan polis yang dibuat Pergerkan Pemuda Umno Bahagian Kemaman terhadap satu blog yang menyentuh Institusi Sultan di Terengganu.
Kalau Datuk Rosli adakan majlis penerangan di Bahagian Dungun, kenapa ada kerisauan di dada Abdul Mubin? Atau, kerisauan itu juga merupakan kerisauan Datuk Din Adam yang merupakan bekas boss Abdul Mubin barangkali kerana Datuk Din Adam yang kalah sebagai Ketua Umno Bahagian Dungun, terpaksa balik kampong asalnya di Besut selepas ini kerana dia bukan anak jadi Dungun walaupun menjadi ADUN Bukit Besi.
Sebenarnya, secara jujurnya, majlis-majlis penerangan yang Datuk Rosli adakan di Dungn memang sepatutnya diadakan sejak hari pertama Geng 10 memboikot sidang DUN Terengganu dulu. Ini kerana, rakyat memang harus diberitahu kisah sebenarnya dan jangan beri peluang kepada Geng 10 melakukannya.
Khabarnya, Menteri Besar, Datuk Ahmad Said tidak membenarkan sesiapa menganjurkan majlis sedemikian kerana bimbang akan berlaku perpecahan. Malangnya, kejujuran dan keikhlasan Datuk Ahmad Said tidak dihormati kumpulan dari Geng 10 apabila ada majlis serupa diadakan di Besut dan Jabi, di mana bekas Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh dan bekas Exco Kerajaan Negeri, Datuk Rosol Wahid tampil memberi ucapan.
Bukan main dahsyat Idris membelasah Datuk Ahmad Said dan pita ucapannya itu sudah tersebar di merata tempat. Ada pihak yang memberitahu, Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri juga sudah dimaklumkan perkara ini.
Kenapa ketika Idris dan Rosol terlibat, Abdul Mubin tidak menyentuhnya sebagai ‘menjaja simpati’ tetapi apabila Datuk Rosli yang adakan majlis seumpama ini, ia dikategorikan sebagai ‘yang menjaja simpati’.
Sebenarnya, orang Melayu di Terengganu cukup malang mempunyai seorang wartawan yang pernah menjadi PA kepada Exco Belia dan Sukan yang tahap pemikirannya, terlalu rendah dan cetek. Dia menulis dengan niat untuk menghina orang, menghina gelaran yang orang gunakan sedangkan dia tentunya tahu apakah hokum ‘menghina’ dengan tujuan memperendah-rendahkan kreadibiliti orang lain.
Ketika dia sendiri tidak suka dirinya dihina, acap kali juga dia ulangi kata-kata dalam tulisannya, yang terlalu peribadi hingga menyebabkan ada akan meletakkan dia sebagai ‘pencacai tua pengangkat najis’. Bacalah tulisannya. Tidak ada langsung fakta dan kata-kata yang oleh mendatangkan faedah kea rah perpaduan dan kebaikan .
Berita Selanjutnya >>
Rabu, 6 Mei 2009
Kenapa sekarang baru nak tulis surat kepada Sultan?
Oleh Hassan Md Hussein
TERKEJUT! Khabarnya bukan penyokong DAP, Pas dan PKR sahaja yang terkejut, tetapi penghuni Zoo Taiping juga khabarnya terkejut. Bukan sekali, banyak kali terkejut. Khabarnya para penyokong Pas terkejut paling teruk, tetapi mereka buat-buat tak terkejut kerana takut malu, kalau terkejut lebih-lebih.
Penyokong DAP terkejut juga, tetapi mereka tidaklah seperti kena kejutan. Mereka terkejut dan hampir-hampir terkujat. Mereka terkejut, sama dengan penyokong Pas terkejut, cuma penyokong Pas tidak terkujat seperti penyokong DAP. Mungkin kerana penyokong Pas tak mahu terkejut lebih dari terkejutnya penyokong DAP.
Penyokong PKR pula, terkujat lebih banyak dari terkejut kerana mereka memang sering membuat kejutan hingga menyebabkan mereka sudah tidak tahu nak terkejut lagi atau tidak terkejut, tetapi yang pasti mereka terkujat. Terkujat dengan terkejut, apa bezanya? Dalam terkejut, mereka masih terfikir pula, adakah mereka terkejut atau mereka terkujat!
Yang menjadikan penghuni Zoo Taiping terkejut tetapi tidaklah sampai terkujat ialah membaca berita yang V. Sivakumar menulis surat kepada Paduka Seri Sultan Perak untuk cuba mendapatkan perkenan supaya sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak ditangguhkan kepada satu tarikh lain.
Alasan V. Sivakumar ialah untuk menjaga keharmonian dan kemuliaan dewan, selain mengelak pertelingkahan dua pihak.
Barangkali, penghuni Zoo Taiping tertanya-tanya, ketika V. Sivakumar memanggil sidang DUN Perak di bawah pokok dahulu, adakah ketika itu, V. Sivakumar turut menulis surat kepada Paduka Seri Sultan untuk mendapatkan perkenan?
Kenapa baru sekarang mahu menulis surat? Strategi apa agaknya ADUN DAP ini kerana baru sekarang mahu mendapatkan pertimbangan semula daripada Sultan berhubung tarikh persidangan DUN yang dijadualkan Khamis ini (7 Mei).
Selama ini, banyak pihak termasuk penghuni Zoo Taiping digambarkan bahawa kuasa Speaker DUN Perak yang dilantik oleh DAP, PKR dan Pas ini terlalu berkuasa hingga tidak langsung sesiapa boleh menyentuhnya. Malahan, dia sudah pun mengumumkan pengantungan Setiausaha Dewan dan membuat perlantikan Setiausaha Dewan yang baru, sedangkan penyandang jawatan Setiausaha Dewan sebenarnya dilantik Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan gajinya dibayar oleh kerajaan.
V. Sivakumar juga pada mulanya memberitahu dia tidak diberitahu yang sidang DUN Perak akan diadakan pada 7 Mei 2009 hingga timbul ura-ura mahu memboikot sidang tersebut. Namun, beberapa hari kemudian, mereka mengadakan sidang akhbar memberitahu, tidak jadi memboikot dan seolah-olah mengaku sidang DUN Perak boleh dipanggil walaupun Speaker tidak diberitahu terlebih dahulu.
Ketika mereka seperti tidak mahu mengikhtiraf sidang DUN Perak itu, tiba-tiba Speaker yang mengatakan dia tidak diberitahu untuk memanggil sidang DUN, boleh bertindak menulis surat kepada Paduka Seri Sultan supaya menimbangkan semula tarikh persidangan.
Ini yang mengejutkan banyak pihak, kecuali mereka yang taksub kepada Datuk Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin yang tidak mahu mengaku bahawa dia sudah tidak lagi menjadi Menteri Besar Perak walaupun dia enggan menyerahkan semula kereta rasmi Menteri Besar, Toyota Cambry yang baru dibeli Kerajaan Negeri.
Kalau tidak tahu dan tidak diberitahu, macam mana Speaker yang bakal direbahkan dalam sidang DUN Perak kali ini kerana Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir sudah mengusulkan nama Datuk R. Ganesan sebagai Speaker DUN Perak yang baru boleh tahu yang DUN Perak akan bersidang 7 Mei ini? Baca surat khabar ke? Surat khabar mana yang dia baca?
Maka, V. Sivakumar mahu mencatatkan rekod kerjanya yang terakhir sebagai Speaker DUN Perak ialah menulis surat kepada Paduka Seri Sultan Perak supaya menimbangkan semula tarikh lain untuk mengadakan persidangan DUN Perak ini.
Sepatutnya, kalau Speaker tidak diberitahu yang DUN Perak akan mengadakan sidangnya pada 7 Mei ini, sepatutnya, Speaker yang tahu dia mempunyai kuasa memanggil persidangan DUN, buatlah persidangan di bawah pokok demokrasi yang mereka bangga-banggakan dulu.
Atau sekarang V. Sivakumar sudah tahu, dia sebenarnya tidak mempunyai kuasa seperti yang dia sangkakan dia terlalu berkuasa! Terkejut lagi.
V. Sivakumar sepatutnya tidak perlu bersusah payah sekarang kerana jangkaan hayat jawatannya sudah sampai ke penghujung, hingga terpaksa menghantar kenyataannya yang difaksimile ke pejabat-pejabat akhbar, hanya untuk memberitahu dia Speaker DUN Perak yang terpaksa mendapatkan perkenan Paduka Seri Sultan kerana dia sudah tahu yang dia tidak mempunyai apa-apa kuasa untuk memanggil atau menangguhkan sidang DUN Perak. Di sini, mungkin suda kurang kejutan.
Cukuplah! Hentikan lawak jenaka ini. Para penyokong Pas, DAP dan PKR janganlah terkejut lama sangat kerana mereka sedang keliru sekarang, adakah Speaker yang berkuasa atau Sultan Perak yang berkuasa? Apa kerja dan tugas Setiausaha Dewan yang V. Sivakumar lantik ketika persidangan di bawah pokok dulu? Ada gaji ke?

Isnin, 4 Mei 2009
Ruslan jawab tuduhan Che Ismail
Oleh Ruslan Sulaiman
TULISAN saya bertajuk APAKAH PENGUNDI INDIA TAK SERONOK GANESAN JADI SPEAKER? Yang tersiar dalam www.konspirasipolitikmelayu.blogspot.com menerima kecaman hebat dari Che Ismail Che Yaacob lewat tulisannya yang disiarkan dalam http://bypass308.blogspot.com, 3 Mei 2009 yang lalu.
Pada mulanya, saya membaca sekali lalu sahaja tulisan penulis itu, tetapi setelah mengambil sedikit masa memikirkannya, saya ambil keputusan menjawab setakat yang saya mampu bagi memberi penjelasan mengapa saya menulis artikel yang menyebabkan Che Ismail Che Yaacob meradang.
Kata Che Ismail lewat tulisannya, saya mungkin seorang pengikut Umno dan BN yang buta dan tertutup minda. Kalau saya buta, saya bertongkat. Kalau saya buta, saya meraba. Kalau saya buta, saya tidak nampak apa yang Che Ismail Che Yaacob nampak.
Begitu juga jika minda saya tertutup, bagaimana saya boleh menulis kerana saya tidak menulis menggunakan kepala lutut tetapi saya menulis menggunakan akal saya. Minda saya sentiasa dibuka dan terbuka, termasuk menerima kritikan tetapi bukanlah bererti, setiap pengkritik itu lebih tahu dari orang yang memulakan idea tersebut.
Tajuk tulisan saya itu ada tanda soalan (?). Saya bertanya apakah pengundi India tak seronok Ganesan jadi Speaker? Saya bukan suruh pengundi India berseronok, bergembira atau merayakan perlantikan Datuk R. Ganesan. Saya hanya bertanya. Apakah salah saya bertanya kepada pengundi India, yang mungkin sebahagiannya tidak menyokong calon BN khususnya calon-calon MC dan PPP dalam pilihan raya umum yang lalu di Perak?
Saya tidak menganggap kekalahan BN dan Umno dalam siri pilihan raya kecil yang berlangsung selepas PRU 12 yang lalu sebagai satu isyarat rakyat (pengundi) menolak BN dan Umno. Belum lagi. Ukuran yang Saudara Che Ismail Che Yaacob buat terlalu ringkas. Ada lima pilihan raya kecil, BN menang satu dan Pakatan Pembangkang menang empat.
Tahukah Che Ismail Che Yaacob bahawa BN dan Umno hanya kalah satu kerusi yang disandangnya iaitu dalam pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu tetapi dalam pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh, DUN Bukit Selambau dan Parlimen Bukit Gantang, semuanya kekal status quo. Di Batang Ai (Air) BN menang status quo juga. Riak apa yang Che Ismail Che Yaacob nampak?
BN dan Umno menang atau kalah, bukan perkara baru. Kalau Che Ismail Che Yaacob baru nak belajar mengkaji politik, mari saya hujahkan. Kekalahan BN dan Umno dalam PRU ke 12 yang lalu sebenarnya bukan pertama kali. Dalam tahun 1969, BN (masa itu Perikatan) juga kalah di Pulau Pinang, Perak dan Selangor.
Tun Dr. Mahathir Mohamad juga tewas. Datuk Senu Abdul Rahman ketika itu Menteri Penerangan juga kalah. Kebetulan, dalam tahun 2008, PRU ke 12, anak Dr. Mahathir Mohamad, yang namanya kalau saya tidak silap, Datuk Mukhriz bertanding tetapi menang. Menteri Penerangan, Datuk Seri Zainuddin Maidin bertanding, tetapi tewas. Kebetulan, Senu dan Zainuddin adalah Menteri Penerangan. Kebetulan, kedua-duanya dari Kedah. Kebetulan, kedua-duanya tewas.
Di Pulau Pinang, Gerakan menang. Ketika itu Gerakan bukan dalam Perikatan. Di Perak, PPP menang. Ketika itu PPP bukan dalam Perikatan. Di Selangor, DAP menang dan berlakulah rusuhan 13 Mei 1969. Ketika ini, Allahyarham Tun Razak Hussein mengajak Gerakan, Pas dan PPP menyertai Perikatan dan Perak, Pulau Pinang serta Selangor kekal dalam kerajaan Perikatan (BN).
Kalau Saudara Che Ismail Che Yaacob tahu sejarah ini, bukanlah apa yang berlaku dalam pilihan raya umum ke 12, sesuatu yang terlalu luar biasa kerana BN dan Umno sudah menempuh 12 kali pilihan raya umum dan banyak kali pilihan raya kecil. Menang atau kalah, bukan riak rakyat menolak BN dan Umno, melainkan isu waktu itu dan suasana yang mempengaruhi mereka.
Jadi, kalau Saudara Che Ismail Che Yaacob kata tidak pernah berlaku dalam sejarah negara, dia silap. Dia kena banyak membaca sejarah dan jangan terlalu kerap pi dengar ceramah politik yang tidak mendatangkan ilmu.
Saya menyebut perkataan perkongsian dalam tulisan saya, memetik kenyataan Exco Kerajaan Negeri Perak, Datuk Hamidah Osman yang menyokong usul Menteri Besar Perak, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir untuk melantik Datuk R. Ganesan sebagai Speaker DUN Perak menggantikan V. Sivakumar. Bukan saya yang berkata mengenai pengkongsian itu. Harapan saya selepas ini Che Ismail Che Yaacob meneliti semula tulisan saya itu sebelum berpolemik.
Susahlah, kalau tidak faham apa yang saya maksudkan tiba-tiba ‘darah naik ke kepala’ dan marah-marah dalam tulisan. Saya belajar untuk menjadi penulis yang bertanggungjawab walaupun saya disindir dengan sindiran kononnya saya penulis upahan. Tidak jadi masalah untuk menyindir saya kerana sebagai penulis, saya kena bersedia dengan pelbagai serangan dari pihak-pihak yang seperjuangan dengan Che Ismail Che Yaacob.
Mengenai pertanyaan Che Ismail Che Yaacob yang mempersoalkan perkongsian kuasa BN tidak pernah sama rata, ingin saya jelaskan di sini bahawa mana ada pengkongsian sama rata dalam dunia ini? Apakah yang dimaksudkan sama rata? Adakah BN yang dianggotai oleh Umno, yang mempunyai lebih kerusi perlu berikan sama jawatan kepada rakan-rakan komponen seperti MCA, MIC dan Gerakan hanya kerana mahu sama rata?
Kalau dalam perniagaan, ikut peratusan perlaburanlah. Mana boleh melabur lima peratus hendakkan keuntungan sama dengan pelabur yang melabur 10 peratus. Kalau inilah yang saudara Che Ismail Che Yaacob perjuangkan, jangan berkongsi dengan manusia seperti ini. Bahaya!
Dia tidak faham apa erti perkongsian tetapi dia hendak berhujah mengenai perkongsian. Dia ingat, asal kongsi, mesti bagi sama rata. Kalau berkongsi hidup, suami isteri, pun tidak boleh sama rata, apa tah lagi berkongsi kerusi dan idealism dalam perjuangan.
Eloklah, di suatu kesempatan lain, saya menulis mengenai sama rata, perkongsian dan persefahaman dalam perjuangan. Saya berharap sangat, Che Ismail Che Yaacob tidak sedih membaca tulisan saya ini kerana saya mempunyai tanggungjawab kepada diri saya, bangsa saya dan agama saya dalam setiap denyut nadi saya.
Kebolehan saya menulis, bukan tujuan saya mahu mengecam sesiapa tetapi saya mengajak semua bangsa, India, Melayu dan Cina serta bangsa-bangsa lain, kenalah faham bahawa negara kita Malaysia di diami pelbagai bangsa. Kalau kita tidak ada rasa mahu bertolak ansur dan berkorban, kita akan musnahkan negara kita yang selama ini aman damai.
Untuk membina cukup susah tetapi untuk memusnahkannya, cukup mudah. Saya akan sambung lagi tulisan ini jika ada kesempatan dan kesihatan. Salam perjuangan buat Saudara Che Ismail Che Yaacob dan mudah-mudahan dia sentiasa dalam Rahmat Allah jua.

Ahad, 3 Mei 2009
Najib tak yakin kemampuan Hisham?
Oleh Zainal Yusof
SUNDAY Star, 3 Mei 2009, memetik kenyataan Ketua Polis Terengganu, SAC 1, Datuk Mohd Shukri Dahlan ‘Terengganu police have obtained new leads on the April 13 case of the SMS death threats on three Barisan Nasional assemblymen.
‘State police chief comfirmed that police were close to solving the case.
‘It is only a matter of time before the suspect is apprehended but I can’t divulge more information for now,” he said when contacted yesterday.
Ketika semua pihak menanti tindakan selanjutnya pihak polis, orang-orang Umno tertanya-tanya, kenapa dari lima ‘pemimpin tertinggi’ Umno yang diberi tanggungjawab menjadi Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri-negeri, mengapa Naib Presiden, Datuk Seri Hishammuddin Hussein diberikan ‘tugas’ paling ringan?
‘Ringan’ di sini mereka maksudkan, hanya Hisham diberi tanggungjawab menjadi Pengerusi Perhubungan di negeri yang BN menang, sedangkan empat yang lain, menjadi pengerusi di negeri yang BN kalah.
Kata mereka yang rajin membuat persepsi, adakah ini menunjukkan keyakinan Najib terhadap Hisham terlalu ‘nipis’ hingga menyebabkan dia hanya diberi peluang menjaga negeri yang paling sedikit bahagian/kawasan Parlimen, berbanding Selangor, Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang dan Kedah.
Sebelum ini, ketika mengumumkan perlantikan pengerusi-pengerusi negeri, Perdana Menteri menamakan dirinya sendiri menjadi Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Pulau Pinang, Datuk Seri Mohd Shafie Afdal, Kedah dan Hishammuddin, Terengganu.
Semua negeri yang mendapat pengerusi negeri dari kalangan pemimpin tertinggi Umno ini adalah negeri-negeri kalah, kecuali Hishammuddin diberi tanggungjawab di negeri di mana BN menang.
Bukan sahaja BN menang di Terengganu, malahan, dari kesemua negeri ini, Terengganulah yang paling sedikit mempunyai bahagian Umno, iaitu lapan sedangkan Selangor 22, Pulau Pinang, 14, Kedah, 15 dan Wilayah Persekutuan, 14.
Mungkin hubungan Hisham dengan bahagian-bahagian agak terhad kerana dia lebih tertumpu kepada Pergerakan Pemuda, hinggalah dalam pemilihan baru-baru ini, Hisham menang kerusi Naib Presiden di tempat kedua, selepas Dr. Ahmad Zahid.
Tidak hairanlah, apabila timbul krisis politik di Terengganu, ADUN yang terkehadapan dalam isu pemboikotan persidangan DUN Terengganu, Datuk Rosol Wahid menulis dalam blognya agak Hishammuddin dapat menyelesaikan masalah politik Terengganu kerana Hisham mempunyai hubungan dengan bekas-bekas ketua Pemuda bahagian-bahagian di Terengganu.
Jika Hisham ‘mudah tunduk’ dengan kehendak Geng 10 yang memulakan krisis politik Terengganu ini, nescaya harapan Presiden Umno yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, tidak akan kesampaian.
Tetapi, jika Hisham memulakan langkah dengan baik dan mengikut kehendak majoriti ahli Umno, keyakinan Najib yang agak tipis terhadapnya akan berubah menjadi ‘tebal’ kerana inilah ujian pertama yang Najib serahkan kepada Naib-Naib Presiden dan Timbalan Presiden sebaik sahaja mereka menang.
Semua tahu, rekod Hisham sebagai Ketua Pergerakan Pemuda amat menyedihkan. Banyak program yang disusunnya tidak ke mana dan dalam era kepimpinannya Pemuda sering menjadi bahan kritikan.
Pemuda Umno dalam era Hisham terkenal kerana ‘memohon maaf’ kepada MCA dan masyarakat Cina kerana peristiwa menghunus keris ketika perhimpunan pergerakan itu yang menyebabkan pengundi Cina takut dan menjauhkan diri dari BN.
Malahan, kemarahan masyarakat Cina, termasuklah peristiwa bekas Naib Ketua Pergerakan Pemuda, Datuk Aziz Sheikh Fadzir pernah memanjat tembok Dewan Perhimpunan Cina di Kuala Lumpur yang dianggap sebagai ‘melampau’.
Selain itu, Hisham yang dilihat lembik selama menerajui Pergerakan Pemuda hingga menyebabkan beberapa isu yang sepatutnya mendapat perhatian dari Pergerakan Pemuda tertinggal begitu sahaja, hingga diambil kesempatan oleh parti-parti pembangkang.
Adakah dengan imej lembik dan gagal memimpin Pergerakan Pemuda itu akan menular pula ke Terengganu dengan Hisham mengambil mudah kerja-kerja menyelesaikan masalah ini tanpa mengambil kira sejarah kemelut ini bermula.
Sebagai Menteri Dalam Negeri, Hisham sepatutnya sudah mempunyai laporan lengkap mengenai isu SMS ugutan yang menyebabkan 10 ADUN enggan menghadirkan diri ke persidangan DUN.
Menurut laporan berita, hanya tiga ADUN sahaja menerima SMS ugutan itu tetapi yang tidak hadir kerana khuatir akan keselamatan mereka, iailah 10 ADUN. Namun, kesemua 10 ADUN ini dikatakan bermalam di Felda Residen (sebuah hotel baru di Kuala Terengganu) dan keluar makan dan minum di sekitar Kuala Terengganu tanpa apa-apa kebimbangan tentang keselamatan diri masing-masing.
Namun, selepas diarahkan Perdana Menteri, kesemua 10 ADUN ini hadir ke persidangan DUN, hari yang akhir kerana mereka sudah berjaya menyampaikan mesej kepada PM bahawa mereka tidak mahu dengar arahan MB Terengganu tetapi mereka akan akur arahan PM.
Barangkali 10 ADUN ini mahu menjadi Ahli Parlimen agaknya, untuk mereka sentiasa dekat dengan Perdana Menteri atau mereka sudah merasakan mereka bukan lagi bakal calon ADUN di Terengganu dalam PRU ke 13 nanti yang menyebabkan mereka ‘menghantar mesej ini’ kepada Perdana Menteri.
Walau apa pun alasannya, 10 ADUN ini tidak sedar diri. Tidak tahu Umno yang meletakkan mereka menjadi ADUN dan bergelar YB. Malangnya, mereka tidak tahu yang mana prinsip parti, yang mana keinginan peribadi dan yang mana permainan emosi semata-mata.
Mereka lupa, negeri mereka berketuakan seorang Sultan dan ketua pentadbir ialah Menteri Besar dan mereka bersorak gembira apabila Perdana Menteri menamakan Hisham sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu kerana mereka (Geng 10) ini dapat mendedahkan pekung Umno Terengganu kepada Hisham.Malahan, mereka juga sebenarnya seronok jika orang luar tahu Menteri Besar Terengganu sekarang ini tidak mendapat sokongan bulat dari semua ADUN BN. Maklumlah mereka semua dulu dipilih bertanding oleh Datuk Seri Idris Jusoh maka mereka masih berketuakan Idris hingga ke hari ini sedangkan kepimpinan negeri dan negara sudah berubah

Sabtu, 2 Mei 2009
Blogger ‘itulahUmno’ : orang miskin memang benci orang kaya
Oleh Wan Yusof Hj. Wan Ngah
TERGAMAM saya apabila membaca teguran ‘blogger itulahUmno’ dalam http://bypass308.blogspot.com sehari dua yang lalu kerana saya rasa saya memang memerlukan kawan-kawan, pembaca dan audien yang rajin yang melayari blog, web dan laman-laman portal supaya ‘ambil kisah’ dengan tulisan-tulisan saya.
Terima kasih kepada blogger ‘itulah Umno’ yang saya cuba layari blognya, http://itulahumno.blogspot.com tetapi malangnya, blog itu kosong, seperti kosongnya fikiran mereka yang ada jiwa tetapi tiada semangat. Lantas saya teringat satu kisah yang diceritakan oleh seorang sahabat kepada saya mengenai orang miskin yang sentiasa membenci orang kaya, sedangkan orang miskin ini sentiasa memasang cita-cita ingin menjadi kaya.
Apa dosa orang kaya kepadanya, tidak siapa yang tahu kerana orang kaya ini sentiasa membuat amal jariah kerana dia yakin, segala rezeki yang dia dapat adalah dari Allah semata-mata dan apalah salahnya jika sebahagian darinya disedekahkan kepada pihak yang memerlukannya.
Si miskin seperti biasa, mencemuh sikaya sedangkan simiskin tidak mampu bersedekah apa-apa, kecuali ‘bersedekah dengan cerita-cerita buruk dan memfitnah’ sikaya. Dalam dunia penulisan, saya terjumpa dengan ramai simiskin, yang kerjanya mengecam orang kaya. Dia juga sebenarnya bercita-cita untuk menjadi orang kaya, tetapi dalam masa yang sama, dia sentiasa menyangka orang kaya semuanya tidak berguna.
Dalam tulisan ini, saya tidak sama sekali menyamakan ‘blogger itulahumno’ sebagai simiskin dan saya sebagai sikaya kerana saya sendiri sedar bahawa saya bukanlah penulis yang hebat atau kaya dengan pelbagai idea kerana saya yakin kekuatan yang saya ada, serta semangat menulis mempertahankan kebenaran bukan kerana saya ‘makan di bawah tapak tangan Datuk Rosli Mat Hassan seperti dakwaan ‘blogger itulahumno’.
Ketika ‘blogger itulahumno’ membayangkan dia seorang penyokong Pas, saya ingin memberitahu dia bahawa saya adalah seorang penulis yang tidak menyertai mana-mana parti politik dan saya memang berminat dengan politik Umno kerana saya nampak, ada kelebihan mereka yang berjuang melalui Umno dan saya nampak, jika sesiapa yang ‘suka tidur siang hari’ (tidak suka bekerja) bolehlah masuk dan menyokong Pas.
Ketika kepimpinan Umno saya nampak bekerja kuat membawa pembangunan termasuk pembangunan modal insan, Pas pula sibuk membuat pelbagai dakwaan bagi menimbulkan persepsi kononnya semua pemimpin Umno tidak bersih, tidak bekerja dan tidak ikhlas.
Ketika pemimpin Umno terus bekerja dan menarik pelabur dari dalam dan luar negara, saya lihat pemimpin pembangkang, sama ada Pas, DAP dan PKR, sibuk menimbulkan keraguan kepada pelabur-pelabur bahawa Malaysia dipimpin oleh mereka yang diselaputi dengan persepsi buruk yang mana persepsi itu direka oleh orang-orang Pas.
Begitulah ‘blogger itulahumno’ ketika dia menulis dengan mendakwa saya dan Mubin Ismail sebagai sama-sama Umno yang dia mengakui bahawa Mubin lebih mahir dari Wan Yusof dalam dunia penulisan kerana dia nampak, dia boleh menumpang memburuk-burukkan kepimpinan Umno di Terengganu.
Apabila saya mempertahankan serangan Mubin Ismail itu dengan memberi penerangan dan ‘menembak’ Mubin seperti Mubin menembak Datuk Rosli Mat Hassan dengan kata-kata ‘doktor Jepun in bracket’, saya dituduh sebagai ‘makan di tangan Datuk Rosli.
Apakah salah saya mempertahankan orang yang benar? Adakah Geng 10 tidak menghadiri persidangan DUN Terengganu mesti dipertahankan manakala mereka yang berada di persidangan DUN Terengganu, termasuk Menteri Besar, Datuk Ahmad Said ‘dibelasah’ sebagaimana Mubin menggunakan blognya untuk tujuan mengeruhkan lagi suasana?
Inilah sebenarnya, kisah simiskin yang membenci sikaya bukan kerana sikaya menggunakan kekayaannya untuk melakukan kerosakkan tetapi mempertahankan perkara yang hak mendapat kecaman dari mereka yang mendoakan Pas kembali berkuasa di Terengganu.
Saya memberi peluang kepada ‘blogger itulahumno’ dan sesiapa sahaja untuk berpolemik tetapi jangan memfitnah kerana sesungguhnya dosa memfitnah itu lebih besar dari membunuh.

Hishammuddin kena cari apa masalah sebenar Umno Terengganu
Oleh Wan Yusof Hj Wan Ngah
KENYATAAN Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bahawa jawatan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu akan diserahkan semula kepada pucuk pimpinan negeri itu apabila semua pihak sedia menyelesaikan kemelut politik yang dihadapi, menunjukkan ‘ada sesuatu’ yang masih terlindung dan perlu dibongkar.
Berita Harian, Selasa 28 April 2009 melaporkan ‘Pulang jawatan Pengerusi Umno jika atasi kemelut’ memberitahu Naib Presiden Umno itu yang kini mengetuai Perhubungan Umno Negeri meminta Umno negeri meminta kumpulan bertelagah mengutamakan kepentingan parti berbanding manfaat peribadi.
Kalau Hishammuddin sanggup mencari apa sebenarnya masalah yang berlaku, tentunya tugas utama beliau ialah menyiasat kenapa ada 10 ADUN memboikot persidangan DUN Terengganu baru-baru ini. Boikot adalah suatu kesalahan besar kerana jika pun 10 ADUN ini tidak bersetuju atau ingin memaksa individu atau institusi menerima syarat tertentu, bukan dengan memboikot persidangan DUN.
Kalau ada rasa tidak puashati, mengapa persidangan DUN diboikot? Adakah orang seperti ini perlu dikekalkan lagi bertanding dalam pilihan raya umum akan datang?
Umno Terengganu tidak ada apa-apa masalah sebenarnya. Ia bermula daripada tindakan Datuk Seri Idris Jusoh yang membuang seramai mungkin ketua bahagian daripada menjadi calon dalam PRU 12 yang lalu. Apabila Idris ‘dibuang’ dia macam terkejut pula. Ketika dia membuang orang, dia tidak terkejut tetapi apabila dia dibuang, dia terkejut.
Disebabkan Idris terkejut, maka tentulah ramai juga ADUN-ADUN yang terkejut sama. Ini kerana semua ADUN yang terpilih bertanding dalam PRU 12 yang lalu adalah pilihan Idris. Mana mungkin mereka tidak terkejut kerana Idris yang memilih mereka pun terkejut sama. Cerita terkejut ini sepatutnya tidak berpanjangan kalau masing-masing tahu prinsip dan etika kehidupan di dunia. Di mana bumi di pijak di situ langit dijunjung.
Hari ini, kebetulan Datuk Ahmad Said dilantik menjadi Menteri Besar. Berilah peluang kepadanya membuktikan kebolehannya. Sokonglah beliau dengan penuh rasa tanggungjawab kerana beliau tidak pernah minta dilahirkan untuk menjadi Menteri Besar. Tetapi apabila diberi kepercayaan itu, kenapa kita sebagai manusia biasa, mahu menghalangnya dengan memboikot persidangan DUN?
Pucuk pimpinan Umno perlu lebih bertegas. Tindakan disiplin perlu diambil ke atas 10 ADUN yang memboikot persidangan DUN ini. Kalau dibiarkan, mereka mungkin melakukannya lagi. Atau, kebodohan mereka ini akan dicontohi pula oleh ADUN-ADUN dari negeri-negeri lain.
Menurut kata Hishammuddin, beliau mengenali semua pemimpin Terengganu secara dekat. Beliau sudha mula pantau dan hubungi mereka untuk mendapat pandangan. Semua memberi beliau maklumat balas yang amat menyakinkan, malah komen daripada ahli biasa pun cukup menggalakkan.
“Saya percaya, insya-Allah, apa juga yang keruh dapat dijernihkan supaya saya dapat laporkan perkembangan yang baik kepada Presiden Umno (Datuk Seri Najib Razak) dan Tuanku (Yang di-Pertuan Agung, Tuanku Mizan Zainal Abidin)
“Nasihat saya, jangan heboh, letak parti dan negeri sebagai keutamaan. Ingat, saya tak akan layan pertimbangan peribadi atau individu tertentu supaya tugas saya lebih mudah ditunaikan,” beliau dipetik sebagai berkata.
Satu perkara yang Hishammuddin perlu ambil kira (saya ulang: ambil kira) ialah jangan terpedaya dengan cerita ahli Umno (baca: bekas pemimpin yang tewas di peringkat bahagian) yang kononnya Nampak ikhlas mahu memperkuatkan Umno tetapi tindak-tanduk mereka, berlainan dari apa yang diperkatakan.
Ada di antara ADUN yang 10 orang ini, sibuk dengan kolam ikan tetapi di luar akan bercakap soal ‘kasih dan sayangnya kepada Umno dan negeri’. Ada juga diantara ADUN ini bercerita kononnya dia sepatutnya sudah jadi Menteri dalam kabinet yang baru Najib susun tetapi disebabkan ada orang yang menghalangnya, maka dia terlepas peluang itu.
Hishammuddin perlu tahu, semua cerita-cerita itu mahu menunjukkan bahawa mereka ini, yang terlibat dalam memboikot persidangan DUN semuanya baik-baik belaka, sebaliknya yang bersama-sama Menteri Besar, berada di sebaliknya.
Mereka yang memang di peringkat bahagian, sama ada mempertahankan jawatan atau yang berlawan, dianggap sebagai ‘jahat’ manakala yang kalah di peringkat bahagian, mahu digambarkan sebagai ‘baik’. Mungkin mereka akan menjaja cerita, semua yang menang (kecuali Idris Jusoh) kerana politik wang tetapi mereka yang kalah, tidak mempunyai wang untuk ditaburkan!
Din Adam dan Zakaria Ariffin tentunya ‘faham’ apa yang dimaksudkan di sini kerana Din dan Zakaria kebetulan tewas di Dungun.
Tanpa apa-apa galakan dan dorongan dari seseorang yang dianggap sebagai ‘pemimpin bertaraf dunia di Terengganu’ mustahil Datuk Rosli Mat Hassan ditentang di Dungun, Datuk Tengku Putera Tengku Awang dilawan di Hulu Terengganu oleh Mohd Nor Othman, Datuk Jidin Shafie diserang di Setiu oleh Ramlan Ali (salah seorang Geng 10) dan Datuk Nasir Ibrahim Fikri hampir-hampir tumbang di Kuala Nerus apabila Basir menentangnya bersama-sama Che Azmi Abd Rahman.
Inilah ‘sejarah’ yang Hishammuddin perlu cari dan gali. Kalau ‘sejarah’ ini mahu diupakan begitu sahaja, nescaya ia akan berulang lagi nanti dan masalah yang dikatakan melanda Terengganu, akan berterusan.
Kalau benar seperti yang dilaporkan Berita Harian tulisan dua wartawan Magendran Rajagopal dan Shaarani Ismail bahawa kemelut Umno Terengganu berpunca daripada persaingan kumpulan penyokong bekas Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh dengan pentadbiran sekarang yang bemula sejak Menteri Besar baru, Datuk Ahmad Said menjawat jawatan itu sepelas pilihanraya umum lalu pada 8 Mac 2008.
Jadi, jelaslah di sini, bukan Datuk Ahmad Said yang bersalah tetapi ‘ada persaingan’ antara kumpulan penyokong bekas Menteri Besar. Apa lagi yang bekas penyokong bekas Menteri Besar mahu ‘saingi’ sebenarnya? Apa lagi yang mahu mereka rebut sebenarnya? Apa lagi yang mahu mereka perjuangkan sebenarnya? Apa lagi yang mereka cari sebenarnya?
Kalau difikir secara mudah, tidak ada apa-apa kemelut politik Umno di Terengganu kalau Geng 10 tahu dan faham bahawa mereka sekarang berada di era peralihan. Biasalah, bukan semua boleh dapat apabila berlaku pertukaran pucuk pimpinan. Bukan semua boleh jadi Exco, bukan semua bleh jadi orang penting dan bukan semua boleh nikmati seperti sebelum berlaku pertukaran ini.
Tetapi, janganlah Geng 10 menafikan mereka masing-masing masih lagi menjadi Pengerusi Syarikat-Syarikat GLC walaupun perkara ini ingin mereka sembunyikan dari pengetahuan Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Naib Presiden Umno.

Rosol lawan siapa ni…Ahmad atau istana?
Oleh Mohd Ali Mohd Hamdan
DALAM Berita Harian (Jumaat 17 April 2009), ADUN Ajil dan bekas Timbalan Ketua Umno Bahagian Hulu Terengganu, Rosol Wahid secara terang-terangan mahu Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said digantikan dengan alasan ‘pelbagai masalah dan kelemahan’ kepemimpinannya.
“Kami sudah hilang keyakinan terhadap beliau. Terlalu banyak masalah yang mencerminkan kelemahan dalam mentadbir negeri…”
Dengan kenyataan Rosol yang tewas dalam percubaannya mempertahankan jawatan Timbalan Ketua Umno Bahagian Hulu Terengganu mendedahkan memang ada usaha sebenarnya mereka (10 ADUN) membuat undi tidak percaya kepada Menteri Besar.
Maknanya, mereka tidak hadir ke persidangan DUN Terengganu bukan kerana ancaman melalui sms itu sebenarnya tetapi kerana mereka ‘yakin undi yang mereka rancang itu akan menjadi sia-sia’ kerana Ahmad sebagai Menteri Besar mendapat sokongan semua Exco dan ADUN-ADUN yang tidak terlibat dengan Geng 10 ini, kecuali ADUN Pas.
Berbaris khabarnya Geng 10 ini ke Kuala Lumpur. Mereka berusaha merosakkan citra Datuk Ahmad Said yang sudah ditakdirkan menjadi Menteri Besar Terengganu. Datuk Ahmad Said memang tidak pernah meminta dilantik menjadi Menteri Besar. Malahan, beliau setia kepada parti, ikhlas berbakti dan menjauhkan diri dari segala bentuk rasuah demi menjaga intergriti.
Ketika beliau sibuk menyusun dan melaksanakan segala pembangunan untuk rakyat Terengganu, sedangkan Menteri Besar sebelumnya sibuk dengan taikun dari luar Terengganu, rupa-rupanya ada orang yang sibuk berusaha menyenaraikan apa yang dianggap sebagai kelemahan Datuk Ahmad sebaga Menteri Besar.
Mereka tidak menggunakan saluran yang betul, sebaliknya mereka menjadikannya sebagai ‘satu pergolakan’ supaya Kuala Lumpur nampak agenda mereka itu. Geng 10 berusaha untuk menjatuhkan Ahmad kerana mereka nampak inilah jaan terbaik untuk memalukan Datuk Ahmad.
Umno sebenarnya tidak memerlukan orang-orang seperti ini. Itulah sebab mereka yang terlibat dalam Geng 10 ini ditolak di peringkat bahagian termasuk Rosol dan Din Adam. Walaupun Rosol kalah tipis di tangan Tengku Putera tetapi Din Adam kalah teruk di tangan Datuk Rosli Mat Hassan di Dungun.
Maknanya, ketika perwakilan Umno cawangan menolak mereka, perwakilan sudah membuat satu keputusan yang betul dan tepat. Perwakilan kenal hati budi mereka ini. Perwakilan tidak mahu Umno dirosakkan oleh mereka yang mengejar kemewahan dan jawatan.
Imej Datuk Ahmad dirosakkan. Secara tidak langsung mereka telah merosakkan imej Umno dan BN. Mereka sepatutnya tidak melakukan semua ini jika mereka masih ingat, peristiwa perlantikan Datuk Ahmad sebagai Menteri Besar.
Itulah sebabnya, ada cerita yang dijaja kononnya Datuk Ahmad sudah menghantar surat perletakan jawatan sebagai Menteri Besar kerana tidak tahan dengan desakan ini. Namun, dengan tenang Datuk Ahmad berkata, “Ini tidak ada apa-apa bagi saya. Peristiwa perlantikan saya dulu lebih dahsyat lagi,”
Sebagai seoran pemimpin yang bersedia menghadapi ujian seperti ini, Datuk Ahmad dilihat lebih reda dari mereka yang tidak habis-habis mengimpikan jawatan untuk terus memberikan projek-projek besar kepada taikun ternama.
Mungkin ada janji yang belum ditunaikan kepada taikun. Geng 10 menjadi alat dan perkakas seserang mencapai matlamatnya.
Rakyat yang menderita. Pembangkang bersiap sedia mengambil kesempatan. Semua program yang diatur untuk Datuk Ahmad cuba digambarkan sebagai negative. Penulis-penulis politik, sama ada yang sudah ternama atau yang baru hendak merangkak dipergunakan. Ada yang secara terang-terang menjadikan blog sebagai ‘medan menabur fitnah’.
Datuk Ahmad tidak melatah. Malahan, sindiran Datuk Seri Idris Jusoh yang mengatakan beliau tidak perlu takut dengan bayang-bayang disambut tenang oleh Datuk Ahmad. Baginya, rakyat dan parti adalah keutamaannya dan amanah yang diserahkan kepadanya mahu dipikulnya sebaik mungkin.
Secara perlahan-lahan, Datuk Ahmad mengarahkan jangan ada sesiapa kawan-kawannya termasuk dari kalangan Ketua-ketua bahagian yang membuat reaksi negatif terhadap apa yang berlaku sekarang. Malahan, beliau tidak mahu sesiapa menyerang Geng 10 seperti mana Geng 10 menyerangnya.
Inilah kelebihan yang ada pada Datuk Ahmad tetapi tidak ada pada Geng 10. Mereka melakonkan watak dalam satu drama yang direka khusus untuk mencabar Istana Terengganu dan mungkin mereka mahu mencontohi bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin yang memilih mohon sembah derhaka dari Baginda Sultan Perak.
Tersiar dlm http://www.walkdtalk09.blogspot.com/
(Friday, April 17, 2009)

Bukan main seronok Rosol bila Hishammuddin dilantik
Oleh Wan Yusof Hj Wan Ngah
ENTAH macam mana, saya tiba-tiba terlayar (‘ter’ di sini saya maksudkan tidak sengaja) http://drosol.blogspot.com dan terbaca (sekali lagi saya gunakan penambahan ter yang maksudnya sama dengan ‘ter’ yang pertama tadi, satu tulisan yang mengalu-alukan perlantikan Datuk Seri Hishammuddin Hussein (anak kepada Allahyarham Tun Hussein Onn) sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu, disiarkan 26 April 2009.
Dari pengamatan saya, ADUN Ajil yang bernama Rosol (bukan Rasul) ini amat-amatlah bergumbira (gembira bahasa sekarang gumbira bahasa zaman P. Ramlee) apabila Menteri Besar, YAB Datuk Ahmad Said tidak dikekalkan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu.
Kata Rosol dalam tulisannya, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak (Perdana Menteri dan Presiden Umno) telah membuat keputusan yang mengambil kira kehendak orang di bawah. Malahan, Rosol turut menulis, adakah ini sebagai tanda-tanda awal (kejatuhan Datuk Ahmad Said di Terengganu.
Saya mentafsirkan bahawa Rosol memang bekerja kea rah menjatuhkan Datuk Ahmad dari kerusi Menteri Besar. Jika betul-betul Datuk Ahmad jatuh, barangkali Rosollah manusia di Terengganu yang paling ‘gumbira’ kerana ini mungkin perjuangannya.
Menurut Rosol lagi, kawan-kawannya kembali bersemangat untuk kembali bekerja setelah hilang keseronokan beberapa bulan lalu, apabila nama Hishammuddin diumumkan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu. Maksudnya, Rosol dan kawan-kawannya (mungkin Geng 10) mahu penyandang jawatan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu, bukan Menteri Besar. Maka, lantiklah sesiapa sahaja, asalkan bukan Datuk Ahmad Said.
Rosol juga menghuraikan secara ringkas, adakah tidak terlantiknya Datuk Ahmad Said sebagai Ahli MT tambahan, juga sebagai tanda-tanda awal… (kejatuhan)?
Saya memetik satu simpulan bahasa ‘memperlapang kandang musang, mempersempit kandang ayam’ untuk kisah ini sebagai menjawab serangan Rosol terhadap Menteri Besar Terengganu. Ketika dia sibuk mengadakan ‘roadshow’ membelasah Menteri Besar, dia terlupa yang dia ‘memberi kesempatan kepada orang jahat untuk berbuat kejahatan tetapi tidak memberi perlindungan kepada orang yang terancam’.
Rosol mengharapkan Hishammuddin akan membina jaringan (networking) dengan bekas-bekas Ketua Pergerakan Pemuda yang sezaman dengan Hishammuddin dalam menjalan kerja di Terengganu. Maksudnya, Rosol mahu Hishammuddin menjalinkan kerja dan rangkaian kerja dengan mereka yang kalah di peringkat bahagian dan antara anggota Geng 10 yang memang merupakan penentang Datuk Ahmad Said.
Amat malanglah Hishammuddin jika benar-benar Hishammuddin membina ‘networking’ dengan mereka yang terlibat dalam Geng 10 dan mereka yang kalah di bahagian. Jika Hishammuddin sendiri tidak menggunakan rangkaian kerja yang sudah dibina Datuk Ahmad Said dalam Umno Terengganu, memang sukarlah untuk memulihkan Umno Terengganu.
Suka atau tidak, Hishammuddin dan Datuk Seri Mohd Najib perlulah mengakui, keadaan di Terengganu yang menggugat kerana perangai dan sikap 10 ADUN yang memboikot persidangan DUN Terengganu. Jika selama ini pembangkang yang akan melakukan pemboikotan tetapi kini, peranan pembangkang itu sudah diambil allih oleh Geng 10, yang tidak keterlaluan jika dikatakan Rosollah orang yang mengetuainya.
Malahan, seorang ADUN pernah memberitahu kawan-kawannya, jika bukan Datuk Seri Idris Jusoh menjadi MB Terengganu, dialah yang sepatutnya menggatikan Idris. Itulah sebabnya ada orang bercerita Rosol mengoncang pintu pagar istana kerana mahu meminta masuk ke kawasan istana. Sejauh mana kebenaran cerita ini, tidaklah dapat saya sahkan dari mulut Rosol kerana saya tidak pernah mengenali Rosol.
Namun, saya percaya cerita ini benar dan jika Rosol tidak menafikannya, maka secara lumrahnya, Rosol mengesahkan cerita yang tersebar dari mulut ke mulut ini. Bila agaknya Rosol mahu memnberhentikan roadshow yang sudah dimulakan dan jika Hishammuddin tidak melantik kalangan ‘net working’ yang dicadangkan Geng 10, adakah Rosol akan meneruskan roadshownya lagi?
Begitu busuk hari mereka ini, menulis dengan penuh dendam di hati, mengharapkan kejatuhan seseorang sedangkan Idris dulu tidak ada sesiapa yang bekerja untuk menjatuhkannya dan tiada siapa menjalankan roadshow untuk membelasahnya walaupun ramai yang tahu, skandal yang dilakukannya ketika dia berkuasa dulu. Tapi, dia jatuh juga.
Siapa yang ‘nyek’ siapa hanya Idris dan Rosol yang boleh menjawabnya.
Dipetik dari : http://bypass308.blogspot.com pada 1 Mei 2009

Jadilah wartawan yang tahu etika,tidak biadap,jangan menghina
Oleh Wan Yusof Hj Wan Ngah
BLOGGER Mubin Ismail dari www.jaranganakmelayu.blogspot.com nampaknya mencemarkan dunia kewartawanan dan moral sebagai seorang wartawan yang beragama Islam dan berbangsa Melayu apabila menulis walaupun di dalam ‘medianya sendiri’ seolah-olah adap sopan tidak perlu dijaga.
Etika kewartawanan perlu ada kepada setiap diri wartawan, walaupun kita tidak bekerja dengan mana-mana syarkat penerbitan akhbar. Etika ini, mengelak dari dunia kewartawanan dicemari oleh mereka yang tidak beretika, tidak tahu menjaga adap dan sopan dan sebagai wartawan (penulis) kenapa harus menggunakan perkataan yang menghina setiap kali kita menulis?
Kita tentunya mahu diri dan pemikiran kita, sesekali pendirian kita, sebagai wartawan atau penulis dihormati. Jadi, kenapa ketika kita mahu dihormati tetapi kita tidak tahu menghormati? Adakah kita saja yang pandai dalam dunia ini hingga semua orang lain bodoh? Ketika kita berbangga dengan ilmu dan kebolehan yang kita ada, kita jangan pula menghina dan mengherdik ilmu dan kebolehan yang orang lain miliki.
Baguslah kalau Mubin merupakan peramal yang baik dan tepat apabila enam bulan dahulu penulis itu pernah meramalkan bahawa akan ada perubahan bagi penyandang jawatan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu. Hebatlah! Cuma, tidak ada apa yang hebatnya kalau kita sedar siapa diri kita, kalau setakat jadi peramal ‘orang akan mati selepas hidup’ kerana memang tidak akan ada orang yang boleh kekal dengan jawatan atau boleh terus duduk di atas tanpa turun selama-lamanya.
Kalau Mubin Ismail meramalkan diri dia sendiri pun akan tepat kerana ‘hidup lawannya mati, naik lawannya turun, malam lawannya siang’ dan kenapa harus berbangga sangat dengan ramalan yang kita buat itu tepat? Sedangkan kalau ‘ayam tidak berkokok sekali pun, hari akan siang’. Apakah ayam perlu mendabik dada dengan kata-kata, kalau bukan kerana kokokan aku, mana mungkin hari akan siang.
Malu Mubin. Malu jadi anak Melayu yang bersikap seperti itu. Tak tahulah kalau Mubin memang tidak tahu malu. Tidak ada apa yang perlu diperbahaskan jika YAB Datuk Ahmad Said, Menteri Besar Terengganu diturunkan pangkat dari menjadi Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu kepada Timbalan Pengerusi sahaja.
Kalau jawatan politik dianggap sebagai ‘sesuatu’ pangkat, musnahlah parti. Sebenarnya jawatan parti, apatah lagi jawatan lantikan adalah ‘amanah’. Mubin juga mempunyai amanah kerana kebolehan dia menulis sepatutnya dipergunakan untuk mengajak seluruh umaah bersatu dan bukan ‘meniupkan lagi api kemarahan’ penyokong-penyokong Datuk Ahmad Said dengan mereka yang tidak menyokongnya.
Datuk Ahmad sebenarnya tidak meminta sesiapa menyokongnya kerana beliau lebih selesa ‘seadanya’ tetapi sokongan yang wajar diberikan kepadanya kerana beliau adalah Menteri Besar Terengganu. Institusi Menteri Besar itulah yang perlu disokong dan bukan batang tubuh Datuk Ahmad Said.
Hari ini, Datuk Ahmad menjadi Menteri Besar, sokonglah beliau kerana kedudukannya itu. Suatu hari nanti, beliau juga tidak selesa kalau orang masih menyokongnya kerana ketika itu beliau mungkin sudah tidak lagi bergelar YAB Datuk Menteri Besar. Waktu itu, Mubin kenalah mengajak semua rakyat menyokong YAB Menteri Besar yang baru, mungkin si A, mungkin si B dan mungkin si C.
Tidak perlu menjadi wartawan yang tidak beretika, mengajak dan mengejek orang supaya memalukan Menteri Besar. Kesannya, bukan Datuk Ahmad Said yang terkena tetapi Umno dan BN Terengganu yang sudah pernah tumbang ekoran terlalu ramai orang yang pandai dan memandai-mandai.
Mubin meramalkan Yahya Khatib bakal menjadi Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu lewat tulisannya, enam bulan lalu. Hari ini ia tidak terjadi tetapi tidak mustahil terjadi. Mubin juga meramalkan Menteri Besar akan jatuh, mungkin ia akan terjadi dan mungkin juga Datuk Ahmad Said bukan jatuh kerana ramalan Mubin tetapi kerana kehendak Allah yang menyusun segala perjalanan hidup manusia di dunia dan akhirat.
Betullah kalau Mubin mengaku, dia gatal mulut meminta Datuk Ahmad Said dan gengnya berubah. Berubah sebenarnya tidak membawa kebaikan tetapi yang lebih penting ialah berhijrah. Kita setiap hari berhijrah, sama ada kita sedar atau tidak. Jika kita berjumpa hari Isnin, esok sudah Selasa. Hijrah kita dari Isnin ke Selasa, mudah-mudahan merupakan penghijarahan dari keburukan kepada kebaikan.
Setiap saat sebenarnya Datuk Ahmad Said dan gengnya berhijrah. Hijrah pertama, pertambahan usianya dari saat ke saat, dari minit ke minit dan dari jam ke jam. Cuma, disebabkan ada gangguan kerja-kerja kebaikan yang mahu dilaksanakannya, maka sedikit sebanyak, rakyat yang menanggung akibatnya.
Mubin mungkin seronok kalau Din Adam menjadi Menteri Besar Terengganu tetapi malangnya Din Adam tidak berjaya menumbangkan Datuk Rosli Mat Hassan yang Mubin hina dengan gelaran ‘Doktor Jepun in bracket’ di dalam pertandingan di Bahagian Dungun.
Apa salahnya Datuk Rosli mendapat anugerah kedoktoran dari sebuah university di Jepun? Berdosakah dia menerima dan menggunakan gelaran itu? Adakah dia mengguriskan hati Mubin yang pernah menjadi PA kepada Exco Belia dan Sukan Negeri Terengganu? Memang betul, untuk menjadi PA kepada seorang Exco tidak memerlukan kelulusan SRP tetapi janganlah bila ada orang lain berjaya mendapat apa-apa anugerah, kita jadi sasau, kita hina dia dan kita perlekehkan.
Sekolah mana yang mengajar kita menjadi manusia biadap seperti itu? Dunia kewartawanan mana yang membolehkan kita menghina seseorang tanpa pertimbangan akal budi? Masyarakat mana di dunia ini yang tidak melarang kita menjadi manusia kurang waras dan bebal?
Mubin tidak perlu menuduh Datuk Ahmad Said dan gengnya memandang enteng cadangannya supaya mereka berubah. Bukan semua cadangan dari Mubin boleh diguna pakai. Kalau Mubin pandai membuat cadangan, kenapa Mubin tidak mencadangkan kepada Din Adam supaya jangan berlawan dengan anak Dungun sedangkan kita bukan anak tempatan?
Sudahlah berlawan, berhabis-habis duit, memecah belahkan perpaduan, masalah yang timbul sekarang, mereka yang kalah di peringkat bahagian, tidak dapat menerima kekalahan dan mula meracau. Bukan meracau di bahagian sahaja, tetapi kini sudah melarat ke peringkat negeri dan meracau hingga ke Dewan Undangan Negeri Terengganu, seterusnya memboikot persidangan DUN yang tentunya meletakkan diri mereka benar-benar pemimpin yang tidak tahu tanggungjawab. Mereka dipilih kerana mewakili rakyat tetapi mereka tidak tahu peranan dan tanggungjawab mereka. Aduh! Sedih.
Dalam tulisan Mubin dalam blognya, jelas Mubin mempunyai niat untuk ‘mempengaruhi Geng 10’ yang tidak hadir persidangan DUN Terengganu untuk menggugat kepimpinan Menteri Besar sekaligus mahu menamatkan karier Datuk Rosli Mat Hassan, Datuk Tengku Putera Tengku Awang, Datuk Nasir Ibrahim Fikri, Datuk Roslan Awang Chik, Datuk Zubir Embong dan Datuk Abdul Rahman Bakar. Ada gambar ‘ala Enam Jahanam’ sekali menghiasi blognya!
Dipetik dari : http://bypass308.blogspot.com 28.4.09

Tahniah Pemuda Kemaman : Berani kerana benar
Oleh Wan Yusof Hj Wan Ngah
TIDAK tahulah blog dan blogger mana yang dimaksudkan Pergerakan Pemuda Umno Kemaman, apabila mereka bertindak membuat aduan polis terhadap satu artikel yang dianggap sebagai menghina Istana Terengganu dan tulisan berbau hasutan.
Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda Kemaman, Halim Sulong membuat aduan di Balai Polis Kemaman, 10.30 pagi Rabu dan beritanya tersiar dalam Utusan Malaysia dan kemudiannya dipetik oleh blog jaranganakmelayu.blogspot.com dan turut disiarkan dalam pemudaumnokemaman.wordpress.com pada Khamis, 30 April 2009. Tahniah! Keberanian Pergerakan Pemuda Umno Kemaman mestilah bertunjangkan kebenaran.
Serentak dengan itu, saya membaca tulisan blogger Mubin Ismail yang memetik kisah Khalifah Umar Abdul Aziz dan anaknya Abdul Malik yang Mubin menyentuhnya dalam tulisan bertajuk ‘Yang Sukar Menerima Kenyataan’ dan mengulungnya dengan ayat, ‘seseorang pemimpin perlu mengutamakan isi percakapan daripada siapa yang bercakap’.
Lantas, disekalikannya dengan bidalan;
Menjadi pemimpin dungu dan bebal
Dada kosong akal sejengkal
Bercakap tidak berhujung pangkal
Memimpin bagai kehilangan akal
Diberi nasihat telinganya tebal
Rakyat sengsara negeri tertinggal
Dijadikan pemimpin pasti menyesal
Dijadikan tua hilanglah akal
Dijadikan induk anak dibedal
Negeri rosak rakyat terjual
Tidaklah saya tahu sama ada Mubin Ismail mahu menyamakan dirinya dengan Abdul Malik anak kepada Khalifah Umar Abdul Aziz atau dia bermaksud, fikirannya setanding dengan Abdul Malik yang jauh meninggalkan kehebatan ulama yang mengelilingi Khalifah Umar Abdul Aziz.
Tetapi dikesempatan ini, ingin saya bekalkan gurindam untuk renungan Mubin Ismail yang selama ini menyifatkan dirinya adalah boss kepadanya atau dia adalah boss kepada dirinya.
Hari ini kawan esok jadi lawan
Hari ini lawan, esok boleh jadi kawan
Hari ini penulis, esok jadi wartawan
Malangnya otak tak lebih dari saiz cawan
Semua orang dianggap rendah, dia sahaja otak mencapai awan
Orang lain hina dia berlagak cendikiawan
Kononnya banyak sangat ilmu hingga tiada siapa terlawan
Dia lupa penulis dan wartawan bersepah macam cendawan
Seorang Menteri Besar nak jaga semua rakyat termasuk wartawan
Berilah teguran dengan bahasa dan adap sopan
Bukan menghina bila orang dapat anugerah dari Jepun atau Taiwan
Kerana naik turun seseorang pemimpin bukan kerja kita tapi kerja Tuhan
Bukankah ada bijak pandai berkata, makan berkawan tetapi jangan makan kawan-kawan
Benci kepada Menteri Besar puji pula 10 sekawan
Mereka boikot persidangan Dewan
Ada wakil rakyat jenis lontar batu sembunyi tangan
Kerja manusia atau kerja syaitan
Manusia ada di kalangan haiwan
Bila orang buat repot, mulalah biul macam orang kena sawan
Itulah pesan tok nenek dan tok wan
Daripada buat musuh, lebih baik tambah kawan

Langgan:
Catatan (Atom)